Cari disini....

Loading...

Thursday, 13 February 2014

Buruk kaki@Foot rot...

Den ada perasan ada beberapa ekor kambing den jalan terhencut-hencut, tapi biasa den biar jer dengan anggapan kaki dia terpijak duri sawit. Dan biasanya kejap jer sembuh kaki tu melainkan ada duri lekat kat kaki,yang ni kena keluarkan lah dulu..tapi Saanen cross den dengan Anglo tak baik-baik kaki dia,heran jugak kambing yang sakit kaki sekali dengan diorang dah elok sendiri. Jadi den ceklah kaki dia kot2 ada duri xhabis keluar, cek2 xada pulak..yang ada bau yang perghhh..macam telur tembelang,busuk betul lah..


Dan kebetulan pulak pejantan den Van Persie pun kena serangan buruk kaki ni,dia punya teruk cket.Habis luka2 kaki dia,macam nanah pun ada.Nilah first time kena penyakit ni kat kandang den. Jadi memang haram tak tau nak buat apa, survey2 internet cket dapatlah idea camna nak rawat. Internet kata kena cuci dulu kawasan luka kaki tu dengan antiseptic pastu bagi antibiotik,jadi den pun pegilah kedai beli Dettol,kapas,bandage..macam doctor nak merawat pesakit lah kiranya,sebab Van Persie ni besar den kena ikatlah kat tiang sementara cuci luka dia.Sekali kena Dettol,meraung dia weh..


Tapi ulat apa suma xdalah, cuci pastu rendam kaki dia dalam larutan Dettol yang dicairkan. Yang ni den buat sorang jer, tapi bila time nak cucuk antibiotic tu kena dapatkan bantuan Awang. Den tak berapa mahir lagi mencucuk ni,maklumlah belum kawen.kihkih.1ml Terramycin L.A utk 10kg body weight.Ada 4 ekor yang den rawat dan Van Persie punya kira paling serius. Kuku den tak potong pun tengok kuku pendek dah, nak potong pun tak sampai hati sebab busuk sangat bau dia..Disebabkan den buat kerja secara perseorangan dan tangan pun berbau telur tembelang,tak dapatlah nak ambil gambar masa rawatan..


Alhamdulillah balik baru ni tengok sihat dah Van Persie ni..tapi seekor Saanen cross dan Anglo tak baik2 lagi kaki dia,heran betullah..jadi den suntik lagi dengan antibiotic.harap2 eloklah lepas ni..
Anglo coklat and saanen putih tulah yang sakit kaki lagi..

Tapi den perhatikan Van Persie den semakin mesra manusia pulak selepas rawatan. Kalau dulu orang datang dekat dia lari,sekarang macam dalam gambar tu selamber jer Ipan pegang dia. Tak pelah janji perfomance dia cantik..hehe


7 comments:

  1. Seeloknya dalam tempoh rawatan jangan bagi keluar meragut. Nak kurangkan exposure dari secondary infection. Make sure kandang kering dan bersih.

    Semoga semuanya ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes bro ECH,biasa den krung tp kdg2 trlepas jgk ni.hehe..kndg kmbing den rasa ok lg lah..biri jer yg agk padat..tq bro ats nsihat..nnti den update lg..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. tq jang oii..duit den botingkek tingkek..hehe

      Delete
  4. Salam tuan Isal..saya nak jual bebiri dgn kuantiti byk...harga range rm 400 - 450/ head...reefarm..kalo berminat dtg lah melawat kandang

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam tuan azree..lama xdgr brita,bleh bg no fon x..Insyaallah ada msa den mlawat..

    ReplyDelete