Cari disini....

Loading...

Wednesday, 29 October 2014

Cut and Carry daun Indigofera

Sekarang daun kekacang seperti Indigofera@Tarum, Moringga@Kelor, Turi, Petai Belalang dan Griricidia mula menjadi buah mulut di kalangan penternak. Bagus jugak kesedaran mengenai kepentingan nutrien yang cukup untuk tumbesaran ternakan kambing mula bercambah di kalangan rakan2 den ni. Den yang mengamalkan sistem semi-intensif lepas meragut memang kurang bergantung pada makanan tambahan, sekadar selingan jer. Tapi stok dedak pun kena ada lebih lagi masa musim tengkujuh.

Den ada jugaklah tanam Indigofera ni zaman dahulu kala, memang tak berjaga pun. Pokok ni memang tahan lasak musim kemarau pun dia masih steady tak ada masalah sangat. Jadi bosan-bosan tak ada kerja bolehlah mengerjakan daun2 pokok ni kat belakang rumah. Mak den pun dah bising suruh potong daun tu bagi kambing, dulu dia bagi kat anak lembu duk bela belakang rumah. Tapi dah mati dah lembu tu.

Ini ditanam di kawasan lain..saja nak tengok besar mana..
ini kandungan nutrien dia banding dengan legume lain..
dah di trim habis..adalah dalam 8 pokok belakang rumah..
Gantung bagi kat kambing..biri memang tak makan sangat dedaun ni..

Kajian mengenai Indigofera ni sedang giat dijalankan oleh kawan penternak Lalahrivergoatfarm dengan kerjasama UPM. Harap2 ada berita positif dari hasil kajian ni untuk kegunaan penternak kambing di Malaaysia..terutama penternak kambing susu..hihi..



3 comments:

  1. makan bufet, kambing pun happy. bilangan kambing ni berapa dah isal? kat tepi tu date 2013

    ReplyDelete
    Replies
    1. lame xupdate bilangan ni..lebih kurang tu je bro Ahsan.hehe..maintain byak tu jelah bt waktu skarang..tgh mrancang 2nd colony mcm bro ECH sbb kawasan skrg dh trlampau padat..makanan kurang..

      Delete
    2. ya betul 2nd colony, macam tajuk lagu. peratus anak macam mana sekarang? yelah bila padat.. makanan kurang..

      Delete