Cari disini....

Tuesday 11 August 2015

Expansion Mode~Beli Lembu pasca-GST

Salam Syawal n Selamat Hari Raya..ada baki 5 hari sebelum Zulkaedah menjelma,kira waktu sudden-death dah untuk yang nak berpuasa 6..untuk yang nak mengerjakan ibadah korban tahun ni ada masa lagi nak mencari lembu,cuma harga time ni dah agak tinggi lah. Harga paling murah tahun ni RM3000 seekor, itu harga lembu yang den jual lah..tak banyak pun tahun ni ada lebih kurang 5ekor sahaja..berbanding tahun lepas dalam 15 ekor.Untuk orang kampung special price lah, ada diskaun orang kampung...

Sekarang ni den dah kurang menambah bilangan kambing dan biri2 di kandang.Kuantiti semasa masih lagi sekitar 50ekor kambing dan 60ekor biri2.Den maintain dengan jumlah inilah agaknya buat masa sekarang, disebabkan faktor tertentu. Tapi Alhamdulillah semua membesar dan membiak dengan baik, Awang pun dah semakin mahir merawat dan menjaga kambing dan biri ni.Kalau keadaan mengizinkan memang akan ditambah bilangan induk nanti, nak kejar Imran House of Goats (180 ekor induk),Alwigoatfarm (100 induk) dan Faisal Basri yang tengah giat menambah induk.Hebat depa ni, berdesup lajunya..tak tekerjar dah den oiii...

Den sekarang tengah giat membeli induk lembu bagi menambah bilangan induk sedia ada. Tapi itulah time kita mencari nilah orang tak jual. Jadi beli sikit2 lah, seekor dua kot ada yang tergerak hati nak menjual. Dapatlah tambah sikit2 induk, disamping gantikan induk asal yang dah tua dan expired. Harga semasa lembu dara sekarang sekitar RM1300-1600,tahun 2012 den beli induk baru beranak sekali sekitar RM1200. Jadi peningkatan harga itu biasalah..cuma kebelakangan ini agak mendadak yang mana bagus untuk penternak,yelah nak mengadap dunia dengn GST 6%.

Induk KK Cross-RM1800

Induk KK+anak seekor-RM1800

Betina Jaras Charolais cross (12bulan)-RM1350

Ada seekor lagi induk dara yang dibeli baru beranak,tapi masih dekat tuan lama dia.Nanti bolehlah angkut balik kandang den.Rezeki....


2 comments:

  1. Jom kita pi siam..cari dara siam..i mean, lembu dara siam..pasca raya korban ni biasa harga merudum sikit. Caner?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baht mahal bro ECH..shopping kat Malaysia ajelah..top up cket2..hihi

      Delete