Cari disini....

Loading...

Thursday, 17 December 2015

Majlis Akikah Anak Saudara-Nur Khawlah Nuha

Assalamulaikum dan salam jumaat..maaf ada sahabat2 terutama yang duk jauh diperantauan tanya awat lama xhupdate blog.Maafkan den ya sahabat2, maklumlah penternak PJJ camnilah kurang sikit input2 yang nak dikongsikan bersama.Lain dengan sahabat yang hari2 mengadap kambing, memang banyak ilmu diorang macam Tuan Imran HouseOfGoats,Pak Es LalahRiver,Prof.Alwi,Tuan Kasan GhoniyunFarm. Den ni sekadar share mana yang tau dan sempat ajelah kira part-time blogger and breeder.hihi..


Alhamdulillah tanggal 5/12 yg mana besday den jugak,diadakan majlis akikah anak sedara no.14 rasenye..anak kepada adik pempuan den.2 ekor biri selamat ditumbangkan,sekor masak kari sekor lagi kita golekkan..2 ekor ni hasil peliharaan sendiri aje, semua disponsor oleh pakcik dia..untung anak sedara den niha..cadangnya nak sembelih seekor aje biri jantan cukup umur,tapi memandangkan Pejantan Barbadoss Blackbelly den sakit kaki belakang den sembelih kan dia sekali. Walaupun dah tua dan den tak pernah lagi menggolek kambing sendiri den golekkan dia ni memandangkan saiz dia agak besar.Hentam sajalah..walaupun daging liat.haha..


Bercakap mengenai Barbadoss Blackbelly ni..den perhatikan keturunan betina dia memiliki kelahiran kembar yang agak tinggi. Walaupun sekadar cross,tapi genetic kembar dapat diwarisi anak betina. Dari rekod semasa induk BB cross den beranak kembar,dan anak dia pun beranak kembar.Dasyat baka ni,memang sesuai untuk operasi pembiakan pedaging disamping sifatnya yang tahan lasak. Tapi den pakai 2ekor pejantan Dorper sekarang jadi anak2 banyak mewarisi sifat Dorper sikit. Yang terbaru den pakai pejantan Damara nanti tengok hasilnya. Pejantan Damara tak dapat amik gambar sebab selalu balik lewat dari meragut.




2 ekor biri bakal disembelih...

sesi menggolek..
Barbadoss anak kembar...

Nuha n akaknya Khayra..


Semoga majlis ini beroleh keberkatan...Aminn..











No comments:

Post a Comment