Cari disini....

Saturday, 14 September 2013

Lama tak update blog...

Assalamualaikum sahabat2 sekalian..lama betul tak update blog ni.Lepas bulan puasa memang hilang terus idea ditambah pula dengan kesibukan mengejar hal-hal duniawi dan ukhrawi.Den kurang betul menjenguk kandang sekarang semua urusan diserahkan kepada Awang yang penting2 jer sentiasa diupdate seperti kelahiran dan kematian.InsyaAllah hujan bulan ni baru berpeluang menjenguk kandang,ada 6ekor kelahiran biri2 bulan lepas.

Memandangkan populasi kandang semakin bertambah dan berikutan risiko kecurian dan serangan haiwan pemangsa di waktu malam.Den telah mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan dengan merekrut bukan seekor tapi 3ekor sekaligus pengawal keselamatan bagi memantau keadaan keselamatan penghuni kandang.Setakat ini Alhamdulillah pengawal keselamatan yang baru ini telah menunjukkan prestasi dan mutu kawalan yang boleh diharapkan.Barulah senang sikit hati ini..hehe


tu dia,kecik2 cili api ni..
 
yang ni brutal sikit,pantang nampak orang..
 
Anak anjing tu den dapat free jer dari sahabat penternak Cikgu Mi,angsa 2 ekor tu den beli dari dia harga sekitar RM300 sepasang.Boleh tahan jugaklah harga angsa ni rupanya,tapi bab memekak serah jer pada angsa ni,meriah suasana kandang den dibuatnya.Setakat nilah yang den dapat update buat masa ni.Memang ketandusan idea untuk menulis buat masa sekarang.hehe...

 
 
 






Friday, 21 June 2013

Jualan Sulung Biri-biri Akikah...

Assalamualaikum sahabat penternak sekalian.Den memulakan penternakan kambing sekitar Ogos 2011 dan biri-biri April 2012 jadi sebenarnya den ini masih baru lagi dalam bidang ternakan jadi janganlah tanya soalan tahap SPM kat den ni,tak terjawabler nanti.Soalan tahap SPM boleh tanya Prof.Alwi (Alwigoatfarm),Bro Zaki (Nurternak) dan Bro Naxz (Gembala kecil) yang den rasa lebih lama menternak dan lebih banyak ilmunya.Den pun banyak belajar dari diorang ni kira sifu den jugak ler.Untuk den tanyala soalan tahap UPSR tu ok ler.Paling best bagi bentuk objektif ada pilihan jawapan senangler nak menjawab nanti.kihkih..

Hari Jumaat semalam den sembelih dan lapah 3ekor biri-biri jantan kelahiran kandang den untuk akikah.Rezeki Jumaat betul la,3ekor ni cukup umur hujung bulan Mei dan ditempah oleh 2orang pembeli, sorang dari Keratong 2,Mak Long Sinah beli untuk cucu dia sekor dan 2ekor lagi dari pembeli dari Muadzam Shah (40km dari Keratong).Harga den bagi harga pengenalan je RM18 sekilo,ada yang kata murah sangat jual tu tapi bagi den ok dah.Bagi den market untuk biri-biri akikah ini adalah dari RM450-700 untuk pasaran kawasan den ni.Ada untung ka jual harga tu,Insyaallah dengan sistem 'Low Input Husbandry' den rasa tiada masalah masih untung disamping menolong golongan kurang berkemampuan untuk melaksanakan ibadat akikah ini.

Berat biri-biri yang dijual 2 ekor berat 26kg(sama berat) dan sekor lagi 20kg.Memang sangat rendah lah beratnya den target boleh capai 30-40kg cukup umur.Tapi biasala penternak tidak berpengalaman ni banyak lagi kena belajar terutama tentang pemakanan ternakan ni.Mungkin perlu ditambah sedikit dedak berasaskan bijirin ke dalam rutin makanan harian biri jantan ini.Tapi yang 20kg itu ada masalah pernah ditinggalkan ibunya semasa masih kecil(ibu dia lari dari kandang tak balik 5hari).Jadi mungkin agak terbantut tumbesaran dia.

Apapun perjalanan den masih jauh lagi untuk mencapai tahap rakan penternak yang lebih senior,tapi dengan tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan oleh rakan2 lain Insyaallah tercapai jua satu hari nanti..:-)

anak biri tengah melantak..
 








Tuesday, 11 June 2013

Musim beranak tiba lagi..:-)

Assalamualaikum tuan-puan pembiak kambing,lama tak update blog pasalnya kadang2 mood dan idea tu tiba2 je menghilangkan diri ditambah sedikit sifat mazmumah iaitu MALAS (minta dijauhkan lah dari sifat ini).Banyak yang ditulis dan disampaikan,terutama lawatan-lawatan ke kandang2 sahabat penternak serata Malaysia.Baik yang mengamalkan sistem Intensif mahupun Semi-intensif telah den lawati,Alhamdulillah banyak pengalaman dan ilmu dapat dipelajari dari sahabat2 pembiak lain.Ada masa nanti den tulis lah yer.

Alhamdulillah hujung bulan Mei dan awal bulan Jun den mendapat perkhabaran gembira disebabkan kelahiran anak kambing dan biri baru yang tak kunjung beranak.Setakat ini 2ekor induk kambing beranak kembar dan 4ekor biri beranak tunggal semuanya.Semuanya dalam keadaan sihat sejahtera dan mendapat layanan sepenuhnya dari Awang.Semoga semuanya membesar dengan sihat dan kuat sekaligus menjadi sumber pendapatan den pada masa akan datang.hehe..

Baka Van Persie..sebijik bapak dia..
Ini tak tahulah bapak dia siapa..mungkin RVP juga..
ibu dara anak kecil..tapi sihat..jantan..
anak jantan..
anak jantan jugak..
pun jantan..
jantan lagi..lagi..
 
 
Kelahiran dari baka pejantan RVP setakat ni sangat memuaskan dari rekod 3 kelahiran 1triplet dan 2 kembar (sepasang jantan betina) .Semoga yang lain-lain juga akan tinggi kadar kelahirannya.Manakala untuk biri pula dari 9 kelahiran tahun ini semua adalah kelahiran tunggal dan 7darinya adalah jantan.Memang rezeki anak jantan lah nampaknya den tahun ini.Hihi..Jantan atau betina tiada masalah asalkan semuanya dapat membesar dengan sihat.
 
 
Minggu lepas juga den membeli induk biri dari sahabat den sendiri Bro Rahmat. Disebabkan ayah dia hendak pergi menunaikan Fardhu Haji maka tiada sesiapa nak menjaga biri dia.Jadi den ambil keputusan membeli 9ekor induk dari dia,kalau dia berhajat membela lagi selepas balik dari menunaikan Fardhu Haji maka bolehlah beli induk dari den (kalau den nak jual la).hehe..
 
Induk yang baru dibeli..
 
 
Sekian sahaja untuk kali ini,ada masa den update ler lagi..InsyaAllah..:-)

 
 
 
 
 
 

Friday, 24 May 2013

SIRI TERJAH KANDANG: PROJEK BOER NASIONAL PONDOK TANJUNG,PERAK

Assalamualaikum,takziah den ucapkan kepada keluarga sdr.Apas yang telah meninggal dunia minggu lepas disebabkan kemalangan jalanraya.Den pernah pergi ke rumah arwah untuk membeli lembu pejantan baka sebelum ini.Semoga roh-nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.Al-Fatihah..

Minggu lepas den bersama 5 orang sahabat penternak iaitu Alwi(Alwigoatfarm),kawan Alwi(lupa nak tanya nama daa),Ust.Don Jenal(Projek Kambing Muda),Khairi(Ketemba Agrofarm) dan Aman Man berpeluang melawat projek yang penuh kontroversi tapi tak adalah sehebat NFC dari segi jumlah pelaburan dan individu yang terlibat iaitu PROJEK BOER NASIONAL PONDOK TANJUNG,PERAK.Kira tahap nasional ni memang gempak lah,projek den tahap kampung jer..nak wakil daerah pun tak lepas.Kalau sukan peringkat sekolah tu kira nak wakil MSSD pun tak layak lah,wakil rumah sukan jer lepas.hehe..


Kedatangan kami disambut Pengurus Projek iaitu Bro Yusof Ishak dari NCIA(North Corridor Implementation Authority) yang memang sempoi,sesempoi burger Oblong lah kiranya.Den tabik kat Bro Yusof kerana sudi terima kedatangan pelawat luar walaupun banyak kisah kurang enak pasal Pondok Tanjung ni.Kalau NFC siap mangga pagar utama tak bagi orang masuk,Pondok Tanjung ni lain sikit,pagar sentiasa terbuka untuk pelawat luar untuk dapatkan gambaran sebenar tentang kisah Pondok Tanjung ni.Ada pula ahli rombongan yang tersesat ke kandang sebelah milik JPV walaupun ahli tersebut orang Perak,kalau orang Pahang bolehlah dimaafkan.kihkih.Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Pondok Tanjung boleh lah rujuk pada posting Alwigoatfarm untuk dapatkan gambaran awal http://alwigoatfarm.blogspot.com/2013/05/pondok-tanjung-review.html 

Keluasan projek ini sekitar 2000 ekar dengan 1000 ekar untuk NCIA dam SBBC usahakan dan selebihnya JPV usahakan.Jumlah kambing sewaktu lawatan sekitar 600 ekor terdiri dari baka Boer dan 2 kandang digunakan.Kandang pertama terdiri daripada baka Boer yang diimport dan yang kedua baka Boer dibeli dari pembiak tempatan seperti ESPEK Livestock dan Ar-Raudhah.Ada perbezaan dari segi kualiti Boer dari 2 kandang tersebut dan dapat dinilai dari gambar nanti.Projek kambing masih dalam peringkat awal pembangunan semula selepas melalui banyak masalah sebelum ini.

Sambil membangunkan semula projek kambing Bro Yusof telah menggunakan sekitar 150 ekar dari keluasan tanah untuk tanaman jagung bagi menampung kos operasi dan aliran tunai projek.Disamping batang jagung dijadikan makanan utama kambing tanaman Napier juga akan diusahakan bagi mengurangkan kos makanan.Segala fasiliti disini memang lengkap dengan penggunaan mesin dan jentera yang canggih bagi den seperti Forage Harvester.Satu je tak berapa canggih kat sini,tiada bekalan eletrik dari TNB kena pakai generator la jawabnya.hehe..

Saujana mata memandang,berat lagi bahu yang memikul..
Kandang 1..(kamera nset cap ayam paham2 ler)
Kandang 1 lagi..
Kandang 2..
Kandang 2 lagi..
Mesin Forage Harvester..senang ada mesin ni..
Bro Yusof (baju merah) memang sempoi melayan soalan kami berlima..terutama yang berdiri tu.haha


Pihak NCIA bercadang untuk menternak sekitar 10,000 ekor kambing Boer di dalam kawasan Pondok Tanjung ini yang mana den rasakan agak tinggi jumlahnya walaupun kawasan agak luas tetapi tidaklah mustahil.Mungkin dengan bantuan ilmu dan teknologi terkini dapat merealisasikan matlamat tersebut.Apepun ucapan terima kasih diucapkan kepada Bro yusof kerana sudi menerima kunjungan kami.Semoga segala matlamat dan usaha keras Bro Yusof untuk menaikkan kembali imej Pondok Tanjung sebagai projek penternakan kambing yang berdaya maju tercapailah hendaknya..:-)







Sunday, 19 May 2013

100..101..

Alhamdulillah bilangan kambing dan biri2 dah mencecah angka 100 dan 101 dengan kelahiran 2 ekor anak kambing kacukan kampung.Bapak dia Robin Van Persie lah ni agaknya.Tak tengok lagi anak 2 ekor tu rupa sapa.Satu pencapaian yang kira boleh dibanggakan untuk penternak baru modal ciput cam den ni.Angka ajaib seterusnya adalah 100 ekor kambing dan 100 ekor biri,makna 200 jumlah keduanya.Jauh lagi nak mencapai tahap Alwigoatfarm ni.Sekian update kali ini..Akan datang banyak nak cerita ni pasal lawatan ke Ladang Pengganda Boer Projek Boer Nasional Pondok Tanjung,dan lawatan ke Qudri Farm di Kuala Nerang,Kedah..Tunggguuuu....:-)

Sunday, 12 May 2013

Tambah stok induk biri-biri

Assalamualaikum dan selamat menyambut Bulan Rejab 1434 Hijriah.Sekejap sungguh masa berlalu pejam celik,pejam celik dah Rejab pastu Sya'aban dan Ramadhan.Jadi sama-sama lah menggunakan masa yang diberikan dengan sebaik mungkin,InsyaAllah akan menjadi bekalan di dunia dan akhirat.Melihatkan situasi semasa dan keluhan dari pengimport kambing dari Australia dan Indonesia maka bolehlah den simpulkan apa yang dijangkakan telah berlaku sekarang.Faktor tukaran matawang(samada Ringgit lemah atau Australian Dollar kuat),prosedur import yang semakin ketat,kos transport semakin tinggi telah mengakibatkan harga kambing dan biri import semakin mahal.Ini diburukkan lagi dengan desakan NGO di Australia yang mendesak kerajaan untuk menghentikan eksport ternakan hidup untuk sembelihan dinegara luar atas faktor layanan agak teruk ke atas haiwan tersebut dan sembelihan ketika haiwan masih sedar yang dikatakan kejam.Inilah masanya untuk meningkatkan pengeluaran tempatan dan menaikkan kembali industri penternakan kepada tahap sara diri negara.

Setelah puas mencari induk biri yang sesuai dengan harga dan kualiti akhirnya berjaya juga membeli 10 ekor induk biri dari sahabat penternak di Linggi,Negeri Sembilan.Den lebih prefer beli induk secara terus dengan penternak daripada dengan orang tengah@trader.Ini penting untuk memastikan kesihatan biri dan harga pun murah sikit dari trader.hehe.Dengan pertambahan 10 ekor ni jadi biri-biri den dah mencapai jumlah 44ekor dengan 28 ekor  induk.Target tahun ni 30 ekor sahaja tapi kalau ada modal lebih mungkin nak tambah induk sampai 50ekor,jadi 22ekor lagi dalam sasaran.

Baka yang dibeli kali ini adalah Malin cross,cross apa den tak tahulah sebab terlalu banyak baka pejantan dan induk yang digunakan di kandang bro Hassan kita ni.Santa Ines ada,Siamese Long Tail(SLT) ada,Barbadoss Blackbelly ada jadi anggap jela Malin cross.hehe.Harga yang ditawarkan pun oklah,RM380 sekor induk dan memang ada 10ekor induk sahaja nak dijual,kalau ada 20ekor pun den sapu je semua ni.Tapi rezeki 10ekor je,kira ok dah tu memang susah nak cari penternak nak jual induk biri buat masa sekarang.Pat pat nye,sapa cepat dia punyaa..

Biri dalam kandang bro Hassan ada dalam 60-70 ekor
pilih-pilih..
yang tanda biru tula yang nak dijual..hehe


Awang pula tengah sibuk pasang pagar kawat yang telah setahun berada dalam stor,semangat baru naik agaknya lepas lawatan JPV itu hari.haha..tapi tak mencukupi pulak dah.Kena tambah lagi 5-6 gulung lagi baru cukup pagar sekitar kandang dalam 5ekar luas.Lepas tu bolehlah letak jaring hitam dan lepas kambing dan biri main kawasan tu.Tapi dengan jumlah kambing dan biri sekitar 100ekor memang tak cukuplah kawasan 5ekar memang kena lepas meragut diluar juga.Cuma sekadar tempat beriadah je 5ekar ni..:-)
tiang ni pun dah setahun terpacak..kawat je tak pasang-pasang..







Wednesday, 8 May 2013

Belajar Dari Kesilapan..

Demam PRU 13 dah berakhir dan pemenangnya telah diketahui,sama-sama lah berdoa semoga kerajaan yang dipilih oleh rakyat Malaysia dapat mentadbir dengan adil,cekap dan amanah.Tolonglah tolak ketepi isu perkauman,itu sangat penting disebabkan sehari dua ini den perhatikan isu perkauman dijadikan topik utama malah muka depan sebuah akhbar yang pemiliknya adalah dari parti kerajaan yang memerintah malah disokong pula oleh Ketua Kerajaan yang baru.Bagaimana pula hala tuju pentadbiran baru sekiranya awal-awal lagi sudah memainkan isu perkauman dinegara yang berbilang kaum ini.Mentadbirlah dengan akal fikiran dan bukan dengan emosi semata-mata.InsyaAllah sebuah negara yang maju baik dari segi rohani dan jasmani dapat dilahirkan kelak.Amin ya rabbal alamin..

Minggu lepas,kandang den dilawati oleh unit JPV Muadzam Shah iaitu Dr.Norarfah dan Pegawai nya Sdr.Ezrul.Terima kasih diucapkan kerana sudi melawat kandang den yang tidaklah sehebat mana ini.Den amat mengalu-alukan kedatangan tetamu baik sahabat penternak atau dari jabatan yang berkenaan,Jabatan Imegresen amatlah dilarang dari melawat kandang.Paham-paham lah yer.hehe..InsyaAllah kalau ada rezeki adalah bantuan yang akan diberikan,bak kata pepatah "kecil tapak tangan,tapak kaki ditadahkan".Ibarat bulan jatuh ke riba dah ni.Den tak nak bantuan banyak pun kalau dapat mesin Chopper sebijik,pagar cyclone untuk 5ekar,padang ragutan 100ekar dan bantuan kewangan jadilah.Rasa-rasa banyak tak,mintak jelah dapat tak dapat belakang kira.haha..Selama ini dapat juga lah sedikit bantuan dari pihak JPV berupa ubatan macam Terramycin Pink Eye Spray,Scourban Plus,dll.Terima kasih diucapkan kepada pihak JPV kalau ada bantuan bagilah lagi.kihkih..

Kebetulan pula induk biri den mati seekor hari tu,menunjukkan simptom yang hampir sama dengan induk biri yang mati sebelumnya berupa gangguan saraf.Induk Biri Barbadoss pula tu,tiada rezeki untuk mendapat baka BB original nampaknya.Kesimpulannya memang masalah dari segi pemakanan,den bagi dedak Biopalma PKC kepada kambing dan biri.Mungkin kandungan Kuprum@Copper didalam dedak tersebut amat tinggi yang telah menyebabkan berlaku gejala Keracunan Kuprum.Seperti dijelaskan sebelum ini dalam post http://feral-kk.blogspot.com/2012/12/keperluan-kuprumcopper-untuk-biri-dan.html .Jadi secara automatik pemberian dedak Biopalma PKC dihentikan kepada biri dan digantikan dengan dedak Soy Meal Cap Persahabatan FFM.Berkenaan dengan kos ada peningkatan sedikit disebabkan harga dedak Biopalma sekitar RM33 50kg dibandingkan dengan Soy Meal FFM RM48 50kg.Tetapi pemberian dedak ini sekadar makanan tambahan,makanan utama masih lagi ragutan bebas di ladang.Jadi penggunaan adalah minima sekaligus tidaklah peningkatan ketara dari segi kos makanan.

Awang juga telah membeli Pejantan Dorper gred C untuk dijadikan pejantan,gred C tu disebabkan tak ada ciri-ciri Pejantan Unggul kat Dorper ni.Sekadar untuk bermegah sebab adalah Dorper kat kandang den nanti.haha..Den bagi nama Drogba la walaupun putih,dibeli dengan harga murah dari sahabat penternak di Felda Lui.Den lupa nak timbang berat dia tapi anggaran sekitar 30kg++ berusia sekitar 10-12 bulan.
Drogba...tak berapa gagah..

 Biri-biri dikandang sendiri..tak payah share dengan kambing dah..

masa meragut,memang tekun lah masing-masing..
kelahiran baru,walaupun ibu dan anak kecik tapi ok laa..rezeki..

Setakat ini ada 3ekor biri jantan yang akan dijual untuk jualan akikah,seekor telah cukup umur dan 2ekor lagi hujung bulan ini cukup umurnya.Alhamdulillah jualan biri kelahiran kandang sendiri memang memberi erti yang cukup besar bagi penternak yang fokus membiak/breeding macam den ni.Kambing jantan pula memang laku lah tak payah tunggu cukup umur dah dijual,rasa macam nak suruh induk kambing tu beranak anak jantan banyak-banyak.haha..Den masih belum membuat sebarang aktiviti pengiklanan untuk jualan disebabkan stok yang ada pun masih sedikit.Itupun permintaan memang banyak dari kawasan sekitar.Ada juga yang sejauh Kelantan bertanyakan induk biri untuk dijual,maaflah induk den memang tak jual sekarang nak tambah lagi ada.hehe..tapi itu petanda positif bahawa semakin ramai yang buka mata pada bidang penternakan sekarang.InsyaAllah kalau ada rezeki mungkin induk sekitar 100ekor baru den bersedia menjual induk biri dan kambing.Itu target kapasiti yang den tetapkan,walaupun masih jauh perjalanan tapi usaha akan diteruskan ke arah jumlah tersebut.Sama-sama lah berusaha dan berdoa..:-)