Cari disini....

Thursday 23 August 2012

Belian Kambing 13ekor dari Alwigoatfarm

Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua penternak di serata dunia.Semuga segala amalan kita sepanjang bulan Ramadhan diterima hendaknya.Pada 16 Ogos lepas aku telah menerima kehadiran 13ekor kambing baru yang diimport khas dari Alwigoatfarm di Bidor,Perak.10ekor dara(2 ekor tengah bunting),2ekor jantan untuk sembelih dan 1ekor pejantan super yang bakal menggantikan pejantan sekarang@ Robert di kandang aku.Aku telah berikan nama Robin Van Persie kepada pejantan baru itu bersempena dengan perpindahan Van Persie dari Arsengal ke Man United.Robert akan ditamatkan tugas sebagai pejantan disebabkan kebelakangan ini selalu sangat melepak di kandang sahabat penternak iaitu Daud Komando.Disebabkan kandang Daud tak ada pejantan(yang ada masih muda) jadi Robert telah mengambil peluang untuk bermaharaja lela di sana.Untuk makluman Robert aku beli dari kandang Daud pada tahun lepas.Kira macam "sirih pulang ke gagang" la kisahnya.Tapi tak larat la Awang untuk membawa pulang Robert ni hari-hari dari kandang Daud.
kandang Daud tempat melepak si Robert..
 
Daud(atas motosikal)..letih la nak bawa balik kambing ni hari-hari..degil sungguh..
 
 
Dengan ketibaan kambing dari Alwigoatfarm maka jumlah kambing di kandang aku 47ekor dan biri-biri 10ekor.Biri-biri aku 4ekor hilang tak balik-balik dari meragut dah hampir 1minggu lebih.Kesilapan berlaku sebab terlalu awal melepaskan biri-biri yang baru dibeli 3ekor betina meragut.Habis dibawak lari pejantan biri-biri aku iaitu Shah Rukh Khan sekali.Mungkin sesat agaknya.Sebelum ini ada seekor biri-biri betina aku hilang selama 4hari sebelum ditemui semula.Oleh itu besarla harapan aku agar yang 4 ekor ini akan dijumpai semula.InsyaAllah.Begitula risiko kambing dan biri-biri yang dilepas meragut tanpa pengembala.(Awang dah jumpa 4ekor biri-biri tu petang 24/8/2012 di Estet Sawit,dan dah selamat di bawa balik ke kandang,tahanan reman selama 2minggu akan dikenakan,Alhamdulillah..:-)).
 
Kambing baru juga tak ada masalah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.Maklumlah kawasan persekitaran hampir sama iaitu ladang sawit.Setakat hari ini aku masih belum melepaskan lagi kambing-kambing baru untuk meragut.Sekadar bagi makan pelepah sawit yang diangkut ke kandang oleh Awang tanpa jemu.30batang pelepah jugak sehari tu nak kena angkut.Disebabkan budak Lombok 4orang yang duduk di pondok sebelah kandang aku dah balik Lombok untuk beraya maka terpaksalah Awang datang ke kandang pukul 10malam untuk menutup pintu kandang.Untuk makluman kambing kacukan kampung aku pulang ke kandang antara 7.00-9.00 malam.Hehe..
 
Van Persie dan kambing dara dari Alwigoatfarm..
 
berlaga jela Robert dan Van Persie..haha
 
 
Aku bercadang menjual Robert untuk sembelihan atau akikah.Anak-anak yang terhasil dari baka Robert setakat ini ada 3ekor dan menunjukkan perkembangan yang baik.Ada 2ekor lagi ibu yang sarat nak beranak mungkin baka RObert jugaklah.Yang menghairankan aku ada seekor anak kambing yang seakan-akan menurun baka Feral aku.Kira hebat jugaklag Feral tu berjaya menurunkan baka dia sebelum di sembelih untuk akikah anak saudara aku.Sedap jugak makan gulai kari Feral tu,bau pun tak ada.perghhh...
 
 
 
 

 

13 comments:

  1. Van Persie? Nama asalnya fernando torres. Sebat je lah hehe

    ReplyDelete
  2. Berapa jauh kandang daud ke kandang ko?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kandang Daud ada dalam 5km dari kndang aku..dulu banyak kambing dia..sebab tu ada 2 kandang.sekarang kndang satu lagi dah kosong dan kndg utama ada dlm 20ekor sahaja.Dia banyak dapat bantuan JPV(kambing,pagar,mesin chopper)..disebabkan sibuk menguruskan ladang sawit maka kambing tak sempat nak diuruskan..

      Delete
  3. sbgai penyokong tegar Man United mana boleh kasi nama Torres.haha..kalau Awang memang suka la bagi nama TOrres sebab dia penyokong Chelsea..

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum Wrmbth tuan, aku nak tanya sikit, kambing2 ko ada masalah kurap tak? Seingat aku ko pernah cakap dulu. Dah sembuh belum? Kalau dah sembuh apa tuan buat? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh tuan fairul..masalah kurap memang ada di kandang aku tapi tak sehebat masalah selesema.Untuk kurap ni Awang praktikkan apa yang dibuat pada lembu..dia suntik 3 serangkai..memang tak digalakkan oleh Alwi dan aku sendiri..alwi kata msalah kurap disebabkan kurang pendedahan pada cahaya matahari..

      Delete
    2. Aku tak galakkan 3 serangkai sebagai dewormer. Tapi untuk kurap boleh guna takde masalah.

      Delete
    3. tuan alwi pkai ubat apa untuk mengatasi penyakit kurap?

      Delete
    4. Hehe, mahal 3 serangkai ni. Dulu pernah beli brand dectomax tapi sebab mahal jadi punyalah jimat pakai. Last2 dah expired tapi masih banyak lagi. Gunakan tanpa was2. Hehe

      Delete
    5. Dectomax memang mahal betul. Kalau nak ubat murah, made in india punya. Generic, kualiti supposedly sama ngan ori tapi kena check betul betul.

      Aku jarang kurap melainkan masa mula mula awal bela kambing dulu. Bagi apa jenis dewormer pun dah ok. Diet cukup takde masalah kurap.

      3 serangkai especially effective bila kurap dan kutu. Cacing tropics tak berape.

      Delete
    6. Tapi satu bagus pasal dectomax ni katanya selamat untuk kambing bunting. Packaging dia pun cantik. Haha, sapa la nak harapkan packaging untuk beli ubat kambing ni.

      Delete
    7. Saya ada 2 ekor kambing betina jantan x dah. Macamana nak bagi dia bunting

      Delete
  5. kunjungan pertamaku untuk blog ini, sungguh artikel yang ada disini memiliki kualitas content yang bermanfat bagi saya, tak heran bila blog pertanian banyak pengunjungnya? salam sukses :)

    ReplyDelete