Cari disini....

Loading...

Sunday, 2 September 2012

Beli Biri-biri lagi..

Alhamdulillah berjumpa jua akhirnya dengan 4ekor biri2 aku yang hilang selama 2minggu.Memang betul lah jangkaan aku diorang balik kampung beraya.Haha.Masalah memang berpunca dari 3 ekor biri betina kacukan barbadoss yang aku beli dari seorang penternak India bernama Rattana di Felda tuttt(rahsia).Biri Rattana tu aku perhatikan terlalu liar tak seperti biri yang aku beli dari Restu Wibawa di Manchis yang senang di jaga.Biri Rattana aku beli secara trade in dengan kambing jantan muda aku,tukar 2ekor kambing jantan dengan 3ekor biri-biri(+RM100 lagi).Ok lah tu,2ekor abang aku punya 1ekor aku punya.

Sebelum raya,sahabat penternak biri-biri aku dari Manchis iaitu Along hantar ucapan raya diselitkan dengan tawaran menarik untuk belian biri-biri dia untuk mengurangkan stok katanya.Memandangkan biri-biri Along menunjukkan disiplin yang tinggi disamping prestasi yang memuaskan aku berhasrat membeli lagi induk biri-biri dari beliau.Untuk belian kali ini aku berkongsi dengan sahabat penternak aku Rahmat,mungkin aku ambil 10ekor dia 15ekor.Rahmat juga ada membeli biri-biri dari Rattana sebanyak 3ekor yang mana 2ekor telah menyusup keluar dari pagar beliau dan seekor telah digigit anjing.Memang agak liar biri-biri Rattana ni,kena kuarantin dalam kandang dulu untuk mendisplinkan diorang.

biri-biri Along Manchis..memang terbaik..
 
 
Biri-biri belian dulu telah menghasilkan 4ekor anak yang mana 3jantan dan 1betina.Semua membesar tanpa sebarang masalah,tiada sebarng penyakit aku perhatikan berlaku pada biri-biri.Kurap,kutu,selesema yang mana kerap berlaku pada kambing aku tak berlaku langsung pada biri-biri.Cuma ubat cacing aku memang bagi pada semua kambing dan biri-biri 4bulan sekali seperti saranan Tuan Alwi tapi dah terlajak sebulan dah ni tak bagi.Balik nanti aku bagi.hehe..
biri-biri belian pertama..
 
Pejantan Barbadoss Blackbelly aku masih tak dapat beli lagi.Memang target nak dikacukkan dengan biri-biri kampung aku nih.Nak beli pejantan Barbadoss Pak Bakar takut dia balik ke kandang asal dia.Nak kena cari pejantan luar la nampaknya.Kandang biri-biri masih belum siap seperti dijangka.haha..tapi kayu 2x4 untuk tiang sudah dibeli dan akan dipasang bulan ini.Upah mat Bangla jela buat kali nih,memang Awang tak sempat dah nak buat disebabkan bebanan kerja semakin bertambah seiring dengan pertambahan kambing yang dibeli dari Alwigoatfarm.
 
 
Kambing yang dibeli dari Alwigoatfarm pun dah dilepaskan untuk meragut.Alhamdulillah memang tak ada masalah setakat nih.Cuma hari pertama dilepaskan dia sesat masuk kandang penternak lain.haha..Tapi lebih mudah nak halau diorang balik ke kandang aku sebab diorang dah biasa digembala.Kambing Boer dan Wak Beron pun dah join group kambing Alwi jadi memang eloklah tu ada jugak yang nak ajar diorang ni meragut.Kambing kampung aku mungkin tak lama lagi joinla group ni.Biasala kambing otai mana nak bergaul dengan kambing baru.haha..
 


12 comments:

  1. wah... dah bertambah dah biri-biri. lepas ni boleh buat kot bulu biri-biri la. hehe. keep it up. saya pun macam tertarik je dengan biri-biri ni. buat koleksi. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biri2 sbenarnya aku pun tak pasti tentang potensi pasarannya,tapi sebab bila nak jual kambing ada yg kata mahal,tak mampu so aku tambahla bela biri2 untuk memenuhi keperluan golongn yang kurang berkemampuan utk melaksanakn akikah,korban dll.biri2 boleh jual murah cket berbnding kambing sbb penjagaan mudah,kos rndah dan kdr kmatian rendah.Bro takde kwasan ragut,elok bela kambing je..biri2 kuat melantak bro..sbb tu tumbesaran dia cpat..

      Delete
    2. Biri2 ok je pasaran dia. Yang penting, apa tambah nilai dalam servis ko. Kalo jual kambing hidup je mungkin terhad. Kalo ko sembelih tambah lagi. Kalo dapat siap ,asak lagi la. Tapi bak kata alwi,

      Constant charity, sedekah jariah(berterusan) akan pastikan rezeki Allah berterusan pada ko. Hukum alam.

      Delete
    3. Tq atas nasihat tuan fairul..stakat ni,bru smpai tahap lapah je,masak tak lepas lagi.nak kena blajar masak lpas ni.hehe..

      Insyaallah,rezeki Allah bagi bukan untuk kita shja,ada bahagian untuk orang lain..aku tak akan lupakan nasihat tuan alwi dan tuan fairul..:-)

      Delete
    4. Insyallah,sedekah ni mmg power,bg skit bleh dapat byk.tak hari ni,esok.kalau bkn pulanganye pd duit,die bg sihat,die bg kite happy.die bg kite brjaya kat benda lain.bkn dunia je,akhirat pn dpt jgk :).daging kmbing buat sejuk beku bleh tahan lama tak?value plk cmne?

      Delete
    5. betul tu tuan hafiszal.:-)..daging kambing tmpatan kalu dah sejuk beku tak tahula dari segi value dia.hrga dging import dlm RM24-25 daging tmpatan dlm RM34-35 rasenya..

      Delete
  2. Importer MTG kata antara stok kambing dan bebiri, kambing lebih pantas jual. 3 - 4 hari dah abis. Stok bebiri seminggu habis. Market trend masih memihak kambing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Prof..orang kita memang agak kurang makan biri-biri,ada yang kata sebab bulu dia..sebab tu aku nak cross dengan Barbadoss jnis hairsheep.hehe..tapi bila kambing dah tak ada,biri-biri pun jalan jugak..:-)

      Delete
  3. Tahniah Bro..dah bertambah biri2 kat kandang sekarang.
    syukur dpt balik yg 4 ekor tu.aku punya 4 ekor dibaham anjing...hehhe
    apa2 pun perjuangan mesti di teruskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur alhamdulillah..aku mulanya dah pasrah dah,mmg kira hilang trus dh tak jumpa.Tp tula ada jgak kawan yg jumpa dan bgtau.haha..betul tu bro,pengajaran perlu diambil,perjuangan wajib diteruskan..:-)

      Delete
  4. saya ada baka barbadoers blackbelly .Bseminat call no 0199321358 mohd ali ,k.lipis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq cik/puan Aqilah..nnti den contact pakcik Mohd Ali..tq :-)

      Delete