Cari disini....

Loading...

Friday, 14 September 2012

Selamat Jalan Romeo..

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dihormati,kaifa haluka?Alhamdulillah ana bikhair..nak update blog tak tahu nak update apa dah.Maklumlah PJJ(Penternakan Jarak Jauh) tak ada masalah Awang tak adalah nak maklumkan apa-apa.Pada 14/9/2012 Pejantan kesayangan aku iaitu Robert telah selamat di sembelih untuk tujuan Aqiqah,telah dibeli dari seorang sahabat dari Keratong 7.Sahabat itu dapatkan maklumat dari blog nilah,hebat peneroka sekarang nih,internet savvy,celik IT..dia datang hari Khamis tengok kambing dan bincang harga,Jumaat pagi datang lagi untuk urusan sembelih.Pakej siap sembelih dan lapah tu,RM750 aku letak kira murah dah dengan berat Robert 40kg.Rasa seronok pulak bila melibatkan urusan jual beli ni,tapi untuk mendapatkan Return On Investment(ROI) mungkin agak lambat la bagi bidang penternakan aku rasa dalam 2-3tahun jugakla sebab tu kena fikir panjang2 kalau nak berhenti kerja dan buat pinjaman institusi kewangan.
Siapa yang berani bolehla ambil risiko,bak kata pepatah lama "High Risk,High Profit"..

Tugas pejantan akan diambil alih oleh Robin Van Persie(belian dari Alwigoatfarm),kira succession plan dah ada ni.Harap Van Persie dapat menurunkan baka dia dekat induk di kandang aku.Dari rekod aku ada 27ekor induk di kandang aku kira bolehla mencapai target 30induk tahun ni.Kalau beranak 2 ekor setahun dah 60ekor anak ye tak.Betul kalau tak kira mortality dan kadar kelahiran untuk induk dara.Biasa dara 1 ekor anak untuk kelahiran pertama dan kedua.Selepas itu barulah tinggi sikit kadar kelahiran dia.Untuk tahun ni dapat 10 ekor anak dari 8ekor ibu,3 anak mati setakat nih.Bulan Oktober ni banyakla yang akan masuk wad bersalin,semoga semua selamat lah hendaknya.Amin..

Sekarang terasa seronok pulak menternak ramai penternak-penternak baru majoriti nya masih muda yang sama-sama terjun ke dunia penternakan kambing nih.Highhill Farm@Wan Hafiszal,Aqil Farm(bekerja di Siam juga,lain company),Penternakan Kambing Muda@Don Jenal(saudara jauh Don Charleone) dan ramai lagi yang berminat tapi menghadapi sedikit halangan untuk menternak samaada disebabkan modal,masa dan kawasan teruskan menuntut ilmu dari penternak lama dan berpengalaman dan berjaya seperti Alwigoatfarm.Kalau di Facebook ramai juga yang bertanyakan soalan berkaitan kambing ni,aku pun banyak tak tahu sebenarnya tapi jawab jugalah yang mana tahu,yang tak tahu aku rujuk sifu aku.hehe..Elok juga tu,boleh menambahkan ilmu perkambingan masing-masing.Tapi aku tahu Prof.Alwi akan membetulkan kenyataan aku sekiranya salah,cuma dia tak jawab direct dia jelaskan di blog dia.haha..

Luis Suarez (DOB 27/8/2012,jantan)-kepala Robert badan mak dia(pure katjang)
 
kambing belian alwi masih tak nak bergaul mesra dengan kambing aku.hehe
 
2 ekor yang hitam tu beli dari Rattana,memang liar..
 
 
Sabtu minggu depan,persiapan rapi telah diatur untuk pergi selection biri-biri di kandang Restu Wibawa Livestock,Manchis.25 ekor semuanya,aku ambil 10ekor jela yang lain2 untuk sahabat-sahabat aku yang nak tambah stok induk masing-masing.Kongsi duit lori jela jimat sikit kalau beli banyak.Tak timbul isu persaingan di sini sebab stok memang sentiasa tak cukup,semua sedang giat mencari induk sekarang.Biar keratong terkenal dengan penternakan kambing dan biri-biri,selain lembu barula betul Gudang Makanan Negara(GMN).haha..
 
ROMEO MUST DIE...
 
 

 
 
 




8 comments:

  1. Wlaikusalam bro isal.bile plk nama aku ade wan ni.haha.tp takpe sedap jgk.
    Dah dpt rase bahang nk dtg bile kmbing masuk.pnglaman takde,kmbing pn tak pnah ade,yg ade ilmu otai2 la.tp tak tau nk praktik slagi takde kmbing.
    Robert dh kwna rehat la ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maap la bro Hafiszal,masa tulis tringat kt kwn lama aku,Wan Hafizal tu yg terletak Wan tu.haha..

      Robert dah R.I.P ..sedih jugak ye nk brpisah dgn kmbg nih.tp kalau tak berpisah tak jadi pulak bisnes kambing nih..jadi hobi laa..hehe

      Delete
    2. Takde hal bro.haha.robert tu dh lama bela ke?mmg sedih.ayam aku bela tak penah pn aku makan,tak lalu.rugi betul.

      Delete
    3. Robert aku beli tahun lepas dlm bln 9.kira setahun la bela.Tapi sebab dia pejantan baka pertama so ada sikit sentimental value la.haha..

      aii bela ayam smpai xmkan..rugi2..ayam kampungla sedap lg berkhasiat.hehe

      Delete
  2. Torres weii torreesssss!!!!

    Takpa takpa van persie pun, van persie lah. good luck ngan van persie

    Die Romeo Die!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pe anak dia nanti aku bagi nama Torres,yang ni Van Persie laa..barula power..Glory2 Man United.haha..

      Delete
  3. Replies
    1. dah lepas dah..kurung dlm seminggu je,tapi mmg jenis cepat berjalan.Jauh dia berjalan tu.haha.tapi tak pe snang nak halau balik.Dara tag 622 gugur semalam,anak tak cukup bulan.

      Tapi semua ok setakat nih,jantan yg 2ekor tupun syg pulak aku nk sembelih.Aku bela jela Prof.untuk induk aku kampung pure aku yang kecik.Bagi Van Persie kang besar sgt.haha..

      Delete