Cari disini....

Monday 31 December 2012

Sistem Pencernaan Ruminan..

Selamat Tahun Baru 2013 buat sahabat ternakan.Semoga segala azam dan perancangan yang dilakukan setiap awal tahun dapat dilaksanakan dengan jayanya.Jangan lupa menambahkan ilmu di dada dengan info terkini di dalam bidang penternakan.Den pun tidak pernah berhenti belajar dari pelbagai sumber untuk menambah pengetahuan secara teori,praktikal akan menyusul kemudian.Hehe.Jadi untuk kali ini den nak cerita sedikit tentang perut ruminan dan fungsinya.Hasil kajian orang kampung macam inilah gayanya,kalau ada salah silap mohon dimaafkan.

Perut ruminan seperti Lembu,Kambing,Kerbau,Biri-biri,rusa dll terdiri dari 4 bahagian iaitu Rumen,Retikulum,Omasum dan Abomasum.Manakala haiwan monogastrik macam khinzir,ayam,itik dll mempunyai satu perut sahaja.Manusia?sama macam ayam satu perut sahaja.



RUMEN

Rumen adalah bahagian perut terbesar di mana proses penapaian(fermentation) segala jenis makanan yang dimakan oleh ruminan di lakukan disini.Proses fermentasi yang berlaku dalam Rumen ni adalah proses Anaerobik(tanpa oksigen) macam kita buat tapai dan silaj itulah konsepnya dan menghasilkan 5 liter gas sejam untuk kambing dan biri manakala untuk lembu 30-50 liter sejam.Gas yang terhasil adalah Metana,hidrogen Sulfida dan Karbon Dioksida.pH di dalam rumen sekitar 6-7 dan suhu didalamnya adalah sekitar 300C.Rumen ini penuh dengan mikrob terdiri dari Fungi,Bakteria dan Protozoa.Mikrob inilah yang mencerna unsur makanan seperti selulosa kepada unsur karbohidrat dan seterusnya kepada VFA(Volatile Fatty Acid) sperti Acetate(untuk sisntesis lemak),Priopionate(untuk sintesis glukosa) dan Butyrate,semua ini digunakan untuk menghasilkan tenaga.

Rumen dan Retikulum biasanya dianggap satu organ yang sama disebabkan fungsi yang sama dan hanya dipisahkan oleh tisu yang nipis dan gabungan ini dipanggil retikulorumen.Makanan,air dan air liur(saliva) akan masuk ke retikulorumen melalui saluran esophageal,makanan yang berat seperti paku,batu,bijirin akan jatuh di retikulum manakala yang ringan seperti rumput,daun akan masuk ke rumen.Air liur(pH 8.0) yangn dihasilkan semasa proses mengunyah(chewing) memainkan peranan penting sebagai agen menstabilkan pH Rumen dalam lingkungan 6.0-7.0 untuk membolehkan mikrob menjalankan fungsi.Sekiranya bijirin(grain) seperti jagung,gandum,PKC,beras di beri secara berlebihan ini akan menganggu pH Rumen disebabkan sumber karbohidrat ini kurang dikunyah menyebabkan kurang air liur dihasilkan dan akan ditukar kepada VFA yang berlebihan dan menyebabkan pH Rumen jatuh di bawah 5.5 sekaligus menyebabkan keadaan di panggil ACIDOSIS yang boleh membunuh mikrob dalam rumen dan sekaligus menyebabkan kematian pada ruminan.

RETIKULUM

Menjalankan fungsi yang sama seperti Rumen,menyediakan ruang tambahan untuk proses fermentasi.

OMASUM

Berfungsi untuk mengecilkan saiz partikel makanan yang memasuki Abomasum dan menyerap air.Selain itu berfungsi untuk mmenyerap baki VFA dan Bikarbonat yang terlepas dari Retikulorumen.

ABOMASUM

Juga digelar sebagai perut sebenar yang menyerupai perut haiwan bukan ruminan.Asid dan Enzim dihasilkan disini bagi mencerna partikel makanan.Kehadiran partikel makanan akan merangsang penghasilan Asid Hidroklorik yang akan menukar Pepsinogen kepada Pepsin yang akan merungkai Protein kepada Peptida dan Asid Amino untuk pencernaan dan penyerapan seterusnya di intestina kecil.Enzim pencernaan dari pankreas iaitu "Pancreatic Lipase" akan menguraikan lemak di dalam partikel makanan.pH di dalam Abomasum sekitar 2.0-4.0.

USUS KECIL

Partikel makanan yang memasuki usus kecil akan bercampur dengan enzim yang dibebaskan dari pankreas dan hati yang akan menaikkan pH dari 2.5 ke 7.0-8.0.pH tinggi ini diperlukan bagi membolehkan enzim di dalam usus kecil berfungsi dengan baik.Penyerapan nutrien berlaku di sini termasuk "rumen by-pass protein".

USUS BESAR

Menyerap air yang yang terkandung dalam partikel yang melaluinya.

Kesimpulannya perut ruminan ini amatlah kompleks dari segi fungsi dan peranan setiap bahagian dan amat sensitif terhadap perubahan persekitarannya.Setiap makanan yang diberi kepada ruminan haruslah dikaji kesannya kepada sistem pencernaannya,melainkan kalau lepas ragut diorang boleh pilih sendiri nak makan apa,hehe.Den ada buat pertanyaan kepada Prof.Alwi berkenaan penggunaan silaj sebagai sumber makanan dan daripada anggapan awal bolehlah dikatakan ada kesan terhadap kambing.Kajian mendalam akan dilakukan terhadap silaj ini dan akan dikongsikan kemudian tertakluk kepada tahap kerajinan den.hehe..

Derih dengan anak kambing pertamanya.kihkih..









12 comments:

  1. salam bro. terbaik. hehehe. nice info.

    ni latest post saya, Berakhirnya era 2012...

    saya tambah post yg back dated, sok tak naik latest post

    ReplyDelete
  2. As salam. Nice info bro, terima kasih byk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam boss..sama2 kongsi ilmu yg ada..:-)

      Delete
  3. salam rakan2 seperjuangan,

    saya nak tanya kalo2 ada rakan2 yang pandai buat fermentasi sisa soya in large scale. sayang tgk sisa soya segar terbuang camtu je.satu tong rm3, mrah tu.hehe.kalo ada,share2 la.TQ

    ReplyDelete
  4. Wsalam bro..

    Den ada sorg kwn bt silaj soya tp utk lembu laa..problem hampas soya utk dibyat silaj adlh sbb hampas soya jnis bhn mknn tingi kndgn protein n kndungn kering(dry matter) rendah..Dry matter(DM) yg baik utk silaj skitar 30-50% ..den pun mmg tgh bljr ttg silaj n mmg brcdan bt silaj soya utk mknn lembu feedlot..brapa hrga n kuantiti hmpas soya bsah dsana bro?

    ReplyDelete
  5. Kat sini ada org buat tauhu n taufufa. dia jual setong rm3, berat dlm lingkungan 40 kg (basah). Plan nk test buat tempe pakai hampas nie, kot2 bleh ke... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempe bkan buat dri air soya ka boss..hampas soya xleh bt tempe rasanya,bg mkan lembu kambing oklaa.haha..tapi hampas soya basah ni ada kesan pd kesuburan kambing rujuk post sifu den..http://alwigoatfarm.blogspot.com/2012/03/soya-basah-mandulkan-kambing.html 2 cara jer nak neutralkan kandungan anti-nutrient dlm soya yg prtma "heat treatment" mcm gunekan utk bt pelet dan kedua buat silaj..tu yg den cdang nk bt silaj soya utk mkann lembu feedlot n kmbing..tp caranya tu nk kena kaji betul2..hehe

      Delete
  6. Tempe dibuat dr kacang soya yang direndam satu malam n pastu dicampur dengan ragi tempe. Bro cuba dlu wat silaj soya, kalo jadi share2 la dengan rakan2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. den xado sumber hamaps soya brdekatan sini bro..mklumlah area kmpung.hehe..ado tnyo kwn den hri tu dia mmg bt silaj hampas soya utk mknn lembu dio..den paste kt bwh yo..trpulang pd bro nk try ko x..

      Mustapa Basir

      Salam..cari sisa soya yang dah diproses dari kilang atau pembuat air soya/tauhu..lepas tu guna tong drum 50kg/100kg untuk digunakan untuk menyimpan soya. Campurkan soya 50kg dengan suku kg garam kasar dan gula merah. Simpan soya di dalam tong drum untuk selama 3 hari dan kemudian boleh digunakan untuk ternakan. Kalau tak campur garam dan gula merah pun tak apa..cuma masa beri makan pada ternakan campurkan sedikit bahan tu bagi tujuan penggalak..senang je.. yang susah sekarang nak dapat kan sisa soya.. berebut. Kalau nak lagi baik campur sisa hampas sawit atau dedak pkc pasir gudang..ternakan suka

      Delete
  7. kat mana leh dapat hampas soya nie.... kat sini hampas soya 1 bag rm 7... baru 10 20 kg... ader lagi murah ke hampas soya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro Khairil mntrnak kmbing ka?den xgalakkan guna hampas soya bsah sbgai mknn harian kmbg..kalu skali skala dlm jmlah kcil mgkin tiada mslh.sbb hmpas soya ni ada kesan negatif..sila rujuk blog sifu alwi utk kefahaman lnjut..http://alwigoatfarm.blogspot.com/2012/03/soya-basah-mandulkan-kambing.html

      Delete