Cari disini....

Wednesday 16 January 2013

Prestasi Kandang 2012

Listen..listen..let me speak..animals have problems too,terima kasih kepada Pah kerana prihatin kepada masalah haiwan,den selaku penternak kambing,biri-biri dan lembu merasa amat tersentuh hati atas keprihatinan Pah ke atas haiwan seperti kucing,anjing,lembu dan ikan walaupun kambing dan biri-biri tidak disebut.Mungkinlah kambing dan biri-biri ini tidak menghadapi masalah disebabkan penternaknya memang mengambil berat masalah kambing dan biri-biri.Hahaha..

Berbalik kepada tajuk utama den,berkenaan prestasi di kandang den untuk tahun 2012.Setelah di rujuk kepada rekod didapati prestasi agak rendah untuk kambing disebabkan banyak kematian berlaku diperingkat anak.Untuk biri-biri disebabkan baru lagi menternak biri-biri(sekitar bulan April 2012) maka kuranglah berlaku kematian anak dan induk.Untuk kambing induk ada 16ekor,6 ekor beranak kembar dan bakinya tunggal.Kebanyakan yang tunggal adalah induk dara.Jumlah anak kambing dilahirkan sebanyak 25ekor dengan 9ekor kematian direkodkan.oleh itu kadar kelahiran kandang 1.57 di tolak kadar kematian 0.36 Kadar Pembiakan adalah 1.21% sahaja.Nisbah Jantan:Betina 40:60,bermakna banyak anak betina dilahirkan tahun ini.Banyak penambahbaikan perlu dilakukan terutama dari segi penjagaan anak baru lahir.Selama ini anak usia 1 bulan sudah dilepaskan meragut bersama ibunya mungkin selepas ini dibiarkan meragut selepas usia 3bulan ke atas.Seekor induk dibaham anjing,3ekor mati akibat penyakit dan seekor lagi melarikan diri.

Untuk biri-biri pula,dari 11ekor induk yang beranak 1 ekor anak mati(tak cukup umur).Kadar kelahiran 1.00% dengan kadar kematian 0.10% jadila Kadar Pembiakan 0.90% untuk biri-biri.Nisbah jantan:betina 60:40 bermakna banyak kelahiran anak jantan untuk biri-biri.1 ekor induk mati akibat penyakit dan 2ekor melarikan diri.Untuk biri-biri den rasa agak mudah penjagaan dari segi kawalan penyakit dan makanan sebab biri-biri lebih suka meragut rumput seperti lembu(grazing).

Bagi tahun 2013,dengan jumlah induk kambing sekitar 31ekor akan ditambah kepada 50ekor induk dan Kadar Pembiakan harap dapat ditingkatkan kepada sekitar 1.80% minimum.Untuk biri-biri dengan jumlah induk 17ekor dan akan ditambah kepada 30ekor induk,Kadar Pembiakan diletakkan pada 1.00% sebab Malin Cross memang payah nak beranak kembar.hehe..Dengan pembelian Pejantan Barbadoss Blackbelly yang dinamakan Tanggang harap dapat meningkatkan kadar kelahiran kembar untuk biri-biri untuk generasi akan datang.

#p/s:Kepada pelanggan den,bukan senang nak bela kambing..jadi kasihanilah den dengan beli ikut   harga yang ditawarkan..murah dah ter..hehe :-)



17 comments:

  1. jika betina ,, maka berkembang biak lah kambing ekau !!! terbaekkkkkkkkkkk listen listen listen hahahahha !!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq pak oncu atas doanya..baru setahun jagung bela kambing.masih byak perlu dipelajari.haha..

      Delete
    2. That's good as a start.

      Anak kambing umur 10 minggu atau berat 13 -15 kg baru kita lepaskan meragut. Survivability akan lebih tinggi. Kids is the money.

      Nisbah 4:6 akan berubah 2013 i think. Aggregat biasanya 5:5.

      Delete
    3. By the way, menurut pemahaman aku :

      Kadar pembiakan = Kadar kelahiran - Mortaliti

      Delete
    4. Hard choice :

      Mass deworm - immediate improvement in flock performance n profitability

      Selective deworm - long term baru nampak result

      ahhh buat macam ni - mass deworm setiap 4 bulan untuk anak kambing yang belum jadi induk

      dan selective deworm untuk kambing yang dah mencapai status induk

      Delete
    5. thanks prof for the advices..mmg kna bt improvement banyak nih..10 minggu@brat 13-15kg baru lpas ragut ok take note yg tu..kdar pembiakan tupun mmg rsa something wrong msa tulis tu,nnti den betulkan.kihkih..

      4bulan skali deworm anak blum jd induk..ok den pun plan mcm tu lepas ni..lepas kndang baru siap ni,pengurusan kambing senang sikit..petak beranak pun cadang nak bt dalam 20petak..ok dah tu untuk induk 30ekor n akan dtg 20ekor lg..

      smuga prestasi 2013 bakal meningkat..kurangkan kontroversi tngkatkn prestasi.hehe

      Delete
    6. MELODI...rncngan buang masa hari Ahad psal dunia artis tu..kihkih..

      Delete
  2. Teruskan usaha!

    Aku tak tau nak komen apa. Masih dalam ritual kematian kambing-2!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perjuangan akn diteruskan bro kembara..

      den pun tahun lepas byk kematian juga..asam garam dunia penternakan kambing,tapi InsyaAllah dengan ilmu yg diperoleh,usaha dan doa yg brtrusan tahun ini akn tingkatkn prestasi..kira KPI la ni..bela kmbing pun kna ada KPI..:-)

      Delete
    2. dari 23 ekor kambing kampung extensif, sudah 12 ekor mati kerana :
      anjing
      sakit
      kematian misteri..

      pjg ritual ni

      sabar, cekal dan tabah juga.

      Delete
  3. wah.. tahniah bro. keep it up. starting, cantik la tu. dah ada 100 induk nanti, boleh challenge prof Alwi. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. slow n steady ust.Don..kalu ikutkn nk 100 induk bila2 msa boleh,bt pnjman bank bt kndg bsar n beli induk byk2..tp den rsa xpraktikal mcm tu sbb byk lg kna blajar bab kambing nih.jd biar kurg laju asal slamat smpai destinasi..hehe..:-)

      Delete
  4. Tahniah bro, keep it up. Penjagaan anak mmg penting, dlm masa 2bulan kita dh tau anak kambing ni bantut ke perform. Mula2 dulu saya main lepas je anak2 lepas seminggu lahir. Lepas blajar dari otai2,diorg sarankan anak bawah 3 bulan jangan bagi turun tanah. Takut kene cacing. So,dlm masa 3 bulan ni bagi anak2 kambing nie makan dedak n rumput/pelepah sawit

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq bro..xleh nk "keep" pncpaian mcm ni,ttup kndg den nnti.hehe..byk improvement kne buat nih.utk biri den lepas anak mragut lpas smnggu lahir bro..stakat ni xde mslh kmatian or pnyakit lg kt ank tu.mgkin sbb biri den jumlah msih cket agknya.den prhtikn biri2 ni agk kuat ktahanan pd pnyakit n kecacingan..den hanya bg ubat cacing masa mula2 masuk kndang,lpas tu den pantau je thap kcacingan..Alhamdulillah xde mslah sgt..tp xpe msih dlm pmerhatian..:-)

      Delete
    2. bro ada perasan x, kalo anak bebiri nk blajar makan, dia gigit tanah?Otai2 kata masa tu la dia terdedah risiko cacing. kalo dh pandai makan, xpe kalo nk bagi dia turun tanah. bagi anak2 lumba lari, kuatkan otot

      Delete
  5. dia gigit tnah tu sja tu nk rasa tnah bleh mkn ka x.hehe..cacing biasanya duk kt rumput,sbb tu risiko tnggi utk kmbg n biri lepas ragut dia mkn rmput tu..mcm Liverfluke@cacing hati spesis ni byk trdpat kt kwsn kita trutama kwasn berair n lembap.dia duk kt siput kecil yg duk kt rumput..bila kmbg mkan rmput mkn skali siput n cacing ni..n cacing niakn mmbiak dlm saluran hempedu dan hati..bila dh bnyak fungsi hati akn gagal n kmbg/biri akn mati..kwsn iklim tropika nila mslah utama,mmg habitat pling ssuai utk sgala jnis pnyakit n cacing..sbb tu den pkai kacukan kampung.ada ktahanan cketlaa..hehe

    ReplyDelete