Cari disini....

Wednesday 18 December 2013

KURSUS PERMANIAN BERADAS SESI 02/2013



Assalamualaikum...salam sejahtera kepada pembaca tegar blog ini.. Kali ni den pulak yang menulis since tajuk posting kali ni berkisar tentang pengalaman den pergi berkursus di Institut Verterinar Malaysia Kluang Johor (IVM). so..kalau bahasa yang den gunekan tu lain macam jo bunyinye..harap paham2la ek..1st time menulis.. Owh..lupe nak memperkenalkan diri..den ni ILIAS abg kepada isal.. So..projek lembu n kambing ni modalnyo den share berdua ngan adik den (isal)..

Ok..berbalik kepada kursus di IVM.. Actually den dah lame mohon untuk pergi kursus AI lembu ni.. daripada tahun lepas lagi isi borang tapi Alhamdulillah rezeki den pergi tahun ni dan terima kasih jugaklah kepada Dr Verterinar kat kawasan den yang memang perihatin kepada penternak2 kawasan keratong.
Kursus yang den pergi ni dibawah seliaan JPV pahang, dan untuk tahun ni hanya sebanyak 2 kursus AI  sahaja dianjurkan oleh JPV pahang.. Batch pertama seramai 12 orang dan batch ke 2 pon seramai 12 orang.. peserta2 dikalangan penternak lembu seluruh negeri pahang yang makmur.. Objektif kursus ni adalah untuk memberi pendedahan kepada penternak lembu berkenaan dengan suntikan AI lembu dan sekaligus untuk dilantik sebagai penyuntik benih mewakili kawasan masing2... so lepasni kalau ade kursus AI anjuran negeri pahang ianya lebih fokus kepada grup2 den la.. kursus advance AI..ahahaha...



Nila tempat beradu semua peserta kursus.. tapi den x stay sini... den tidur kat rumah abang den..

                                      pemandangan kawasan ragut di IVM.. kawasan luas tapi....


Ok.. kursus ni dijalankan selama 3 hari (6-8 November 2013).. semua peserta kursus diminta berkumpul di pejabat JPV pahang di kuantan..tapi den trus grak daripada tanjung malim ke kluang..so petang selasa tu den dah gerakla.. den sampai lebih kurang jam 7.00 malam.. menginap di Asrama usahawan IVM (khas untuk peserta kursus)..





                                           Antara peralatan asas yang digunakan didalam suntikan

ni die alatan untuk training cari servik... abg sasa kat belakang tu pegawai jpv pahang khas utk jaga AI..

                                         lagi gambaran alatan khas utk amali mengesan servik


hari pertama kursus 6 november 2013 bermula jam 8.30 pagi hingga jam 10.00 tgh hari lebih kepada teori sistem penternakan lembu, kadar biaang, peralatan and etc.. tapi yang bestnya kursus ni sebelom sesi pembelajaran teori kami semua dipertotntonkan dengan amali suntikan AI oleh jurusuntik yg berpengalaman.. tujuannya untuk memberi gambaran awal kepada kami ape itu AI.. lepas habis kelas teori selama  lebih kurang 2 jam kami terus buat amali bagi mengesan servik menggunakan peralatan khas. so petang tu sesi seluk  lembu bagi mengesan servik.. perghhhhhhhh..memang mantopss... memang susah upenye nak kesan serviks ni... lagi2 lembu yang digunkan lembu susu..besau-besau blake... sekali die kemut...perghhh...lenguh beb tangan. so petang tu dalam 4 kali percubaan menyeluk hanya 2 kali sahaja den berjaya mengesan/memegang servik.. nampok jo sonang tapi susah. nak kene seluk banyak kali bagi menguatkan otot2 lengan.. lupelak.. cikgu den cakap kono tetapkan tangan mano yg nak digunakan untuk seluk bagi menguatkan otot lengan.. kalau seorang tu kidal kene guno tangan kananla untuk seluk manakala tangan kiri untuk pegang pistolet (vice versa).. habis hari pertama kerja seluk jer...hahaha

1st time seluk camnila gayanya.. cikgu akan guide untuk carik servik

                                     
                               
                                         so kalau dah pandai sikit... sorang pon dah boleh jalan


sambung hari kedua 7 november 2013  belah pagi sesi teori mengesan biang.. so kat ivm ni diorg pakai sistem..den dah lupo.. xpo...yang penting tau camno nak kesan biang ni udah ler. habis jer sesi teori tu sambung balik seluk lembu..hahaha... daripada pagi sampai la tgh hari..petang tu dalam kul 2.30 barula belajar cara nak masukkan pistolet.. nampak senang..tapi bile sendiri buat memang payah wei.. tangan kiri nak kene pegang servik, tangan kanan nak kene guide pistolet... sekali lembu kemut abis terlepas servik.. nak kene carik satu hal lagi.. so daripada petang tu sampaila masuk hari ke-3 kejenye nak masukkan pistolet kedalam rahim.. tu jer..


 sementara menunggu sesi teori mengesan biang..sempat snap beberapa gambar di

lokasi kandang lembu susu:



alat perahan susu



                                                lembu susu yang terdapat di kandang perahan

                                   antara lembu pejantan yang terdapat di ivm untuk tujuan latihan

                                                          tangki simpanan sperma lembu

kursus permanian beradas sesi 2/2013 tamat pada petang 8 november 2013.. majlis penutup dirasmikan oleh pengarah IVM kluang.. alhamdulillah tamat jua akhirnya.. lepas ni mengharap pulak kursus AI advanced pada tahun 2014.. sekian..assalamualaikum..



sijil sebagai bukti penyertaan....

6 comments:

  1. Mmg kena masuk gym gini, tuan. Hihi

    ReplyDelete
  2. Dear Keraton Agrofarm:
    ABC GENETICS is one of the world’s leading artificial insemination
    organizations specialized in Red Holstein and Brown Swiss breeds. For
    over 30 years, we have provided highly fertile semen as well as
    first-class services to achieve our goal of supplying breeders with the
    world’s top genetics at a fair price. Today, semen from ABC GENETICS
    sires is distributed in over 50 countries worldwide.
    Currently, we are in the process to find distributors of our products in
    your country since we have received a lot of requests through our website
    about our Red Holstein and Brown Swiss Polled options from Malaysian
    dairy producers and Holstein breeders. Therefore, we invite you to
    explore our company and products here: http://www.abcgenetics.com
    Finally, please let me know if you are interested in being our products
    distributor in Malaysia so I can send you a business proposal
    and if you have any other questions or suggestions, please do not hesitate
    to contact me.

    Sincerely,

    Martín Cisneros
    ABC GENETICS
    729 North Midvale Boulevard Ste.#1
    Madison, WI 53705- USA
    CP - 31, 1299 Crans-près-Céligny, Vaud, Switzerland (near Geneva)
    Tel: +1 608-209-4401(USA) +41(0)787831133(Switzerland)
    Email:mcisneros@abcgenetics.com Skype:martin.cisneros40
    www.abcgenetics.com http://www.facebook.com/ABCGenetics

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. xpasti Tuan..kena rajin berhubung dgn JPV kwsan msing2..diorg yg akn inform kt pntrnak kwsn masing2..

      Delete