Demam PRU 13 dah berakhir dan pemenangnya telah diketahui,sama-sama lah berdoa semoga kerajaan yang dipilih oleh rakyat Malaysia dapat mentadbir dengan adil,cekap dan amanah.Tolonglah tolak ketepi isu perkauman,itu sangat penting disebabkan sehari dua ini den perhatikan isu perkauman dijadikan topik utama malah muka depan sebuah akhbar yang pemiliknya adalah dari parti kerajaan yang memerintah malah disokong pula oleh Ketua Kerajaan yang baru.Bagaimana pula hala tuju pentadbiran baru sekiranya awal-awal lagi sudah memainkan isu perkauman dinegara yang berbilang kaum ini.Mentadbirlah dengan akal fikiran dan bukan dengan emosi semata-mata.InsyaAllah sebuah negara yang maju baik dari segi rohani dan jasmani dapat dilahirkan kelak.Amin ya rabbal alamin..
Minggu lepas,kandang den dilawati oleh unit JPV Muadzam Shah iaitu Dr.Norarfah dan Pegawai nya Sdr.Ezrul.Terima kasih diucapkan kerana sudi melawat kandang den yang tidaklah sehebat mana ini.Den amat mengalu-alukan kedatangan tetamu baik sahabat penternak atau dari jabatan yang berkenaan,Jabatan Imegresen amatlah dilarang dari melawat kandang.Paham-paham lah yer.hehe..InsyaAllah kalau ada rezeki adalah bantuan yang akan diberikan,bak kata pepatah "kecil tapak tangan,tapak kaki ditadahkan".Ibarat bulan jatuh ke riba dah ni.Den tak nak bantuan banyak pun kalau dapat mesin Chopper sebijik,pagar cyclone untuk 5ekar,padang ragutan 100ekar dan bantuan kewangan jadilah.Rasa-rasa banyak tak,mintak jelah dapat tak dapat belakang kira.haha..Selama ini dapat juga lah sedikit bantuan dari pihak JPV berupa ubatan macam Terramycin Pink Eye Spray,Scourban Plus,dll.Terima kasih diucapkan kepada pihak JPV kalau ada bantuan bagilah lagi.kihkih..
Kebetulan pula induk biri den mati seekor hari tu,menunjukkan simptom yang hampir sama dengan induk biri yang mati sebelumnya berupa gangguan saraf.Induk Biri Barbadoss pula tu,tiada rezeki untuk mendapat baka BB original nampaknya.Kesimpulannya memang masalah dari segi pemakanan,den bagi dedak Biopalma PKC kepada kambing dan biri.Mungkin kandungan Kuprum@Copper didalam dedak tersebut amat tinggi yang telah menyebabkan berlaku gejala Keracunan Kuprum.Seperti dijelaskan sebelum ini dalam post http://feral-kk.blogspot.com/2012/12/keperluan-kuprumcopper-untuk-biri-dan.html .Jadi secara automatik pemberian dedak Biopalma PKC dihentikan kepada biri dan digantikan dengan dedak Soy Meal Cap Persahabatan FFM.Berkenaan dengan kos ada peningkatan sedikit disebabkan harga dedak Biopalma sekitar RM33 50kg dibandingkan dengan Soy Meal FFM RM48 50kg.Tetapi pemberian dedak ini sekadar makanan tambahan,makanan utama masih lagi ragutan bebas di ladang.Jadi penggunaan adalah minima sekaligus tidaklah peningkatan ketara dari segi kos makanan.
Awang juga telah membeli Pejantan Dorper gred C untuk dijadikan pejantan,gred C tu disebabkan tak ada ciri-ciri Pejantan Unggul kat Dorper ni.Sekadar untuk bermegah sebab adalah Dorper kat kandang den nanti.haha..Den bagi nama Drogba la walaupun putih,dibeli dengan harga murah dari sahabat penternak di Felda Lui.Den lupa nak timbang berat dia tapi anggaran sekitar 30kg++ berusia sekitar 10-12 bulan.
Drogba...tak berapa gagah..
Biri-biri dikandang sendiri..tak payah share dengan kambing dah..
masa meragut,memang tekun lah masing-masing..
kelahiran baru,walaupun ibu dan anak kecik tapi ok laa..rezeki..
Setakat ini ada 3ekor biri jantan yang akan dijual untuk jualan akikah,seekor telah cukup umur dan 2ekor lagi hujung bulan ini cukup umurnya.Alhamdulillah jualan biri kelahiran kandang sendiri memang memberi erti yang cukup besar bagi penternak yang fokus membiak/breeding macam den ni.Kambing jantan pula memang laku lah tak payah tunggu cukup umur dah dijual,rasa macam nak suruh induk kambing tu beranak anak jantan banyak-banyak.haha..Den masih belum membuat sebarang aktiviti pengiklanan untuk jualan disebabkan stok yang ada pun masih sedikit.Itupun permintaan memang banyak dari kawasan sekitar.Ada juga yang sejauh Kelantan bertanyakan induk biri untuk dijual,maaflah induk den memang tak jual sekarang nak tambah lagi ada.hehe..tapi itu petanda positif bahawa semakin ramai yang buka mata pada bidang penternakan sekarang.InsyaAllah kalau ada rezeki mungkin induk sekitar 100ekor baru den bersedia menjual induk biri dan kambing.Itu target kapasiti yang den tetapkan,walaupun masih jauh perjalanan tapi usaha akan diteruskan ke arah jumlah tersebut.Sama-sama lah berusaha dan berdoa..:-)