Cari disini....

Thursday, 23 August 2012

Belian Kambing 13ekor dari Alwigoatfarm

Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua penternak di serata dunia.Semuga segala amalan kita sepanjang bulan Ramadhan diterima hendaknya.Pada 16 Ogos lepas aku telah menerima kehadiran 13ekor kambing baru yang diimport khas dari Alwigoatfarm di Bidor,Perak.10ekor dara(2 ekor tengah bunting),2ekor jantan untuk sembelih dan 1ekor pejantan super yang bakal menggantikan pejantan sekarang@ Robert di kandang aku.Aku telah berikan nama Robin Van Persie kepada pejantan baru itu bersempena dengan perpindahan Van Persie dari Arsengal ke Man United.Robert akan ditamatkan tugas sebagai pejantan disebabkan kebelakangan ini selalu sangat melepak di kandang sahabat penternak iaitu Daud Komando.Disebabkan kandang Daud tak ada pejantan(yang ada masih muda) jadi Robert telah mengambil peluang untuk bermaharaja lela di sana.Untuk makluman Robert aku beli dari kandang Daud pada tahun lepas.Kira macam "sirih pulang ke gagang" la kisahnya.Tapi tak larat la Awang untuk membawa pulang Robert ni hari-hari dari kandang Daud.
kandang Daud tempat melepak si Robert..
 
Daud(atas motosikal)..letih la nak bawa balik kambing ni hari-hari..degil sungguh..
 
 
Dengan ketibaan kambing dari Alwigoatfarm maka jumlah kambing di kandang aku 47ekor dan biri-biri 10ekor.Biri-biri aku 4ekor hilang tak balik-balik dari meragut dah hampir 1minggu lebih.Kesilapan berlaku sebab terlalu awal melepaskan biri-biri yang baru dibeli 3ekor betina meragut.Habis dibawak lari pejantan biri-biri aku iaitu Shah Rukh Khan sekali.Mungkin sesat agaknya.Sebelum ini ada seekor biri-biri betina aku hilang selama 4hari sebelum ditemui semula.Oleh itu besarla harapan aku agar yang 4 ekor ini akan dijumpai semula.InsyaAllah.Begitula risiko kambing dan biri-biri yang dilepas meragut tanpa pengembala.(Awang dah jumpa 4ekor biri-biri tu petang 24/8/2012 di Estet Sawit,dan dah selamat di bawa balik ke kandang,tahanan reman selama 2minggu akan dikenakan,Alhamdulillah..:-)).
 
Kambing baru juga tak ada masalah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.Maklumlah kawasan persekitaran hampir sama iaitu ladang sawit.Setakat hari ini aku masih belum melepaskan lagi kambing-kambing baru untuk meragut.Sekadar bagi makan pelepah sawit yang diangkut ke kandang oleh Awang tanpa jemu.30batang pelepah jugak sehari tu nak kena angkut.Disebabkan budak Lombok 4orang yang duduk di pondok sebelah kandang aku dah balik Lombok untuk beraya maka terpaksalah Awang datang ke kandang pukul 10malam untuk menutup pintu kandang.Untuk makluman kambing kacukan kampung aku pulang ke kandang antara 7.00-9.00 malam.Hehe..
 
Van Persie dan kambing dara dari Alwigoatfarm..
 
berlaga jela Robert dan Van Persie..haha
 
 
Aku bercadang menjual Robert untuk sembelihan atau akikah.Anak-anak yang terhasil dari baka Robert setakat ini ada 3ekor dan menunjukkan perkembangan yang baik.Ada 2ekor lagi ibu yang sarat nak beranak mungkin baka RObert jugaklah.Yang menghairankan aku ada seekor anak kambing yang seakan-akan menurun baka Feral aku.Kira hebat jugaklag Feral tu berjaya menurunkan baka dia sebelum di sembelih untuk akikah anak saudara aku.Sedap jugak makan gulai kari Feral tu,bau pun tak ada.perghhh...
 
 
 
 

 

Tuesday, 14 August 2012

Alaminos Goat Farm di Filipina

Salam Ramadhan..blog aku jarang berkongsi fakta dengan tuan-tuan sebab aku sendiri baru belajar menternak kambing ni.Jadi memang boleh dikatakan "zero knowledge" tentang kambing yang aku tahu kambing makan rumput(yang mana salah sebab foraj kegemaran kambing adalah daun).Tapi penting untuk seorang penternak mencari ilmu secara beterusan walaupun sudah lama menternak apatah lagi yang hijau macam aku."Knowledge is power" jadi sama-sama lah menuntut ilmu hingga ke negara Filipina.Kenapa Filipina?bukan Australia,Afrika Selatan ataupun USA.Aku tau negara tersebut maju dalam bidang penternakan.Tapi aku tertarik dengan Alaminos Goat Farm sebab tuan dia Art Almeda berjaya menternak kambing susu dan daging dalam iklim tropika.Dan mengacukkan kambing seperti Anglo Nubian,Saanen untuk susu dan Boer untuk daging.Yang lebih mengagumkan aku sebab penggunaan foraj dedaun seperti Petai Belalang((Leucaena leucocephala aka Ipil-ipil), Kelor (Moringa oleifera aka Malunggay), Tarum (Indigofera Anil / Indigofera Teysamii aka Indigo), Mulberry (Morus) dan Pokok Baja ( Gliricidia Sepium aka Kakawate).

Hasil R&D yang dijalankan disana membuktikan bahawa dengan genetik dan nutrien yang baik,kambing dapat hidup dengan baik di negara TROPIKA.Visi beliau adalah untuk menghasilkan kambing susu tropika yang dapat menghasilkan 2.0liter susu sehari untuk tempoh laktasi selama 305hari setahun.60 hari lagi untuk tempoh susuan anak. Hasil pembacaan aku beliau memberikan foraj dedaun segar seperti Tarum dan Mulberry dan pelet yang dihasilkan sendiri terdiri daripada 40% Indigofera,15% Molasses,dan selebihnya "Palm Kernel Cake" dan "Rice Bran".Semua bahan ini terdapat dengan banyaknya di Malaysia.Kita ada cuaca sama untuk tanaman Tarum,kilang gula untuk Molasses,kilang sawit untuk "PKC" dan kilang padi untuk "Rice Bran". Aku dapati kandungan protein untuk pokok-pokok seperti disebutkan adalah agak tinggi.Lihat jadual:
(sumber daripada alaminos goat farm)


Tinggi kandungan protein pokok Tarum(Indigofera) dan Kelor(Malunggay). Hasil yang didapati daripada pokok tersebut juga adalah baik.Bermakna dengan keluasan tanah sebanyak 100kaki persegi dapat menghasilkan hasil seperti di bawah:
(sumber daripada alaminos goat farm)

Memang cantikla kambing-kambing yang diberi makan foraj dedaun segar ni.Pelet pun dibuat sendiri hasil ramuan sendiri menggunakan bahan-bahan dari ladang.Tapi aku perhatikan penggunaan Rumput Signal (brachiaria decumbens) di amalkan di ladang tersebut.Tiada sebarang aduan daripada tuan kandang berkenaan kesan Rumput Signal yang berdasarkan kajian boleh menyebabkan penyakit gila@photosensitive kepada kambing.
(sumber daripada alaminos goat farm)

tanaman pokok indigofera
(sumber daripada alaminos goat farm)


Alhamdulillah banyak yang aku pelajari dari Alaminos Goat Farm ini.Kepada sahabat-sahabat yang dahagakan ilmu bolehla melawat ke http://www.alaminosgoatfarm.com/ untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini dari hasil penyelidikan di ladang di sana.Semoga dapat diamalkan mana-mana yang baik untuk kemajuan industri ternakan kambing kita..












Saturday, 11 August 2012

Bila Aku datang ke Kandang Alwigoatfarm..

Assalamualaikum sahabat penternak dan bakal penternak.Tajuk kali ni pelik sedikit untuk "counter " tajuk di blog prof.alwi.haha..Alhamdulillah aku berpeluang melawat kandang Alwi buat kali kedua dan kali ini kedatangan aku membawa hajat besar ingin menyunting anak dara Alwi.Oleh kerana keterujaan maka awal lagi dah bertolak dari hotel bajet di Bidor.Aku bimbang kalau bertolak lewat terlepas pula nak membuat "selection"(ayat trader/importer) kambing di kandang Alwi.Al maklumla kambing dia pukul 9.00 pagi dah pergi meragut.Jadi adalah lebih baik aku mengambil langkah selamat dengan bertolak awal.Duduk bilik pun nak sarapan tak boleh bulan puasa.hehe..

Hajat di hati ingin memilih 10ekor kambing dara,1 ekor pejantan baka dan 2 ekor kambing jantan untuk sembelih.Sebab apa aku memilih untuk membeli kambing Alwi dari Perak,jauh tu dengan Pahang?sebab aku pernah beli kambing intensif,kambing memang cantik tapi tak pandai meragut bila di lepas untuk meragut.Kambing kampung kawasan sekitar?aku dah pergi tengok tapi kebanyakannya saiz agak kecil mungkin disebabkan "inbreeding" dan pejantan baka kecil.Kambing pilihan tetap kacukan kampung.Kambing Boer?maaflah.kos penjagaan agak rumit dan kos tinggi,ibarat pakai Ferrari tak larat nak isi minyak.Baik pakai Myvi jer kacukan Malaysia dan Jepun.Minyak jimat,alat ganti murah.hehe..

Kali ini aku berkesempatan mengambil video kambing-kambing dalam perjalanan pergi meragut selepas membuat pemilihan.Perghhh..memang seronok tengok kambing berebut-rebut keluar kandang dan menuju ke pintu pagar untuk dilepaskan.Nak di "upload" macam panjang sangat.tapi aku akan cuba juga bagi membangkitkan semangat penternak lain untuk berjaya seperti Alwi.Tapi untuk post kali ini aku letak gambar dulu lah.

pejantan aku beli,macam red kalahari pulak rasanya..
kambing-kambing menuju ke pagar..
tak sabar dah untuk meragut..mana yang sakit akan diasingkan..
masa meragut,pejantan Alwi bernama Berger ni sibuk menggaru..


Minggu depan akan sampailah kambing-kambing yang telah dipilih ke kandang aku.Bolehla kambing-kambing ni memimpin kambing Boer dan kambing Wak Beron yang sampai sekarang tak pandai meragut.Ucapan maaf juga kepada Alwi kerana telah mengganggu ritual "lap cermin kereta di waktu pagi" beliau.haha..



Saturday, 28 July 2012

Siri Terjah Kandang:Kndg.Jai Keratong 2

Assalamualaikum warga ternak sekalian alam.Disebabkan kerajinan (bosan) maka kekerapan blog di update pun bertambah secara automatik.Bulan puasa aktiviti luar dikurangkan aktiviti ibadah ditingkatkan.Lama juga tak paparkan siri terjah kandang ini rupanya.Bukan terjah pun sebenarnya tapi lawatan muhibbah bagi menjalinkah ukhwah disamping berkongsi ilmu dan bertukar pendapat mengenai ternakan.Ternakan kambing licin,biri-biri,lembu,ayam tak kisah asalkan penternakan namanya cuma makhluk berkaki pendek itu dikecualikan lah.Haha..

Disebabkan Jai@sahabat ternak aku di Keratong 2 membuat permintaan secara paksaan maka terpaksala aku mengeluarkan siri lawatan ke kandang beliau nih.hehe.Kandang Jai ni dikongsi bersama abang beliau yang mana selain membela kambing,beliau juga ada membela burung walit dan lembu.Kira multi-penternak la nih cuma bidang ternakan kambing boleh dikira masih baru lagi untuk beliau.Kira lebih kurang aku n awang jugak lah.Sistem ternakan semi-intensif tapi beliau lepas ragut di sekitar tanah lapang yg ditanam Nappier,Jagung,Pisang.Jadi agak berbeza sedikit dari kebanyakan penternak lain di kawasan felda ni yang lepas di kawasan ladang sawit.

Kambing yang dibela adalah kacukan Boer dan Jamnapari yang dibeli secara borong se kandang sebanyak lebih kurang 35ekor.Saiz kandang adalah 30x20 dan di buat sendiri.Bab2 tebang pokok dan belah kayu serah pada beliau.Memang dikira taraf otai bab membalak ni.Kebanyakan kayu yang digunakan untuk pembinaan kandang adalah kayu yang dipotong sendiri.Lupa nak tanya kos kandang beliau.Tapi rasanya lebih murah dari aku mungkin sekitar RM5 per kaki persegi.Peristiwa sedih yang menyebabkan Jai tak lalu makan nasi selama seminggu bila 3 ekor kambing beliau terlekat di jaring pagar dan mati akibat kepanasan semasa sesi lepas ragut.
kandang sentiasa kering sebab atas tanah lapang
cantik-cantik kambing nih.yang jantan putih dah mati kena penyakit tapi memang ganas
Pejantan coklat tu jiran sebelah kandang punya@Sepul n Izru.Baka dibeli dari Wak Beron.


Ada video menarik nak dikongsikan tapi panjang sangat video tu.Tapi memang kelakar tahap cipan.Hehe.Jika diperhatikan kandang memang dah banyak sekitar Keratong nih tetapi demand untuk kambing akikah tinggi sangat sampai tak dapat dipenuhkan.Kesedaran mengenai kebaikan daging kambing mulai tinggi sekaligus meningkatkan permintaan untuk pasaran daging.Faktor harga sawit yang tinggi juga menyebabkan kuasa beli peneroka meningkat mendadak.Yela sawit sekitar RM600 se tan jika di darabkan 2 kali tuaian hasil sebulan iaitu 10 tan dah RM6k.Sekarangla mak ayah n para peneroka boleh merasa sedikit kesenangan bak kata pepatah bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.JANJI DITEPATI!aptb......



Wednesday, 25 July 2012

Kelahiran Anak Kambing Dara Julai 2012

Assalamualaikum para jemaah kambing..semoga semua rajin berpuasa dan memenuhkan waktu terluang dengan aktiviti berfaedah.InsyaAllah.untuk bulan Julai Alhamdulillah aku menerima kehadiran 3 ekor anak kambing dari 3 ekor kambing dara.Untuk makluman 3ekor kambing ni tahun lepas telah mengalami keguguran.Jadi untuk kelahiran kedua akhirnya dapat juga melahirkan anak yang sihat walaupun seekor sahaja tapi bagi aku sudah cukup bagus memandangkan kambing dara kali ke dua beranak.

Masalahnya aku tidak merekodkan tarikh keguguran 3dara pingitan tersebut jadi tiadalah diketahui tempoh beranak@gestation period.Maafkan hamba wahai Tuan Guru Alwi.Tahun lepas punya cerita masih terkebil-kebil tanpa hala tuju.hehe.Untuk kelahiran baru ini aku menambahkan sedikit makanan tambahan atau pelet untuk menambahkan pengeluaran susu dara tersebut.Maklumla first time beranak takut tidak cukup susu.Pellet pilihan semestinya Cap Persahabatan Rm45/50kg.beli 2guni je dari bulan lepas xhabis-habis lagi.Khas untuk ibu beranak dan anak kambing.

berat lahir biasala anak kambing kacukan kampung sekitar 2.5-3.0kg sahaja.Yang penting anak yang lahir sihat dan mortality zero.Tiadalah aku teruja dengan peningkatan berat badan setelah dibasuh oleh Tuan guru Alwi."In animals kept primarily for meat production, reproductive rate is the single most important factor contributing to the efficiency of production." Dr.Maurice Shelton-Pakar kambing Antarabangsa.Jadi benarlah kata Alwi bagi seorang pembiak pedaging kadar kelahiran adalah faktor utama kejayaan seorang pembiak pedaging.

Kara-paling aktif melompat
Macheda-suka tidur
Laila-sebijik menurun pejantan aku@Robert


Dengan kelahiran ini jumlah kambing di kandang sebanyak 39ekor.Biri-biri sebanyak 11 ekor.Maka jumlah adalah 50ekor.Dengan saiz kandang 768kaki persegi dan mnggunakan nisbah 1:14 maka boleh menampung 54ekor sahaja.Tapi kandang kedua dalam proses pembinaan.Biri-biri akan dipindahkan ke kandang kedua.Dan kandang lama akan di upgrade lagi untuk penambahan induk dara dari Alwi.Ada satu pengalaman menarik semasa hari pertama puasa untuk dikongsi bersama.Tajuknya jalan-jalan cari lembu.hehe..


Sunday, 1 July 2012

Napier dan Kambing...

Hari ni kena bertolak balik sudah.Apepun pagi tadi smpatla potong napier yang lama tak dipotong oleh awang.So bagi mengeluarkan peluh disamping menegangkan balik urat-urat yang makin kendur buatla rajin sikit memotong napier untuk makanan tambahan kambing and biri-biri.Aku datang kndang pukul 9pagi,semua kambing kacuk kampung tengah syok tidur lagi.Mentang-mentangla kau balik lewat bangun pun lewat jugak ye!Yang menyambut kedatangan aku sperti biasa adalah biri-biri.Memang kuat makan betul biri-biri ni.Patutla cepat membesar.Berdasarkan rekod timbangan si Putih(umur 82hari) berat dah cecah 11.5kg.Perghh memang pantas dia membesar.

tanaman napier sekangkang kera.lama tak potong.

Dekat 1jam jugakla bermandi peluh mengerjakan napier tu.Tapi kawasan ni kalu buat kndang cantik jugak ye.Akan difikirkan kemudian.hehe..Lepas ikat aku gantungla napier kt kandang.Kandang aku ada 3bahagian. Bahagian Biri-biri,Kambing eksotik(Boer,Jamna) dan kacukan kampung.Jadi nak tengokla sambutan terhadap napier nih.Jeng..jeng..jeng..
Biri-biri berebut makan.Diorang ni x memlih makanan.
Boer n Jamna bolehla..ada jugak yang makan..
Kacukan kampung..pandang pun tidak..hampeh tul..

Jadi napier tu kalu diorang lapar sangat mungkin diorang makan.Kalu tak memang layu kat situ jela.Itula sikap memilih makanan yang terbaik oleh kambing kampung.Jenis dah biasa makan ikut selera sendiri.Kalu tuan dia bagi makanan yang tak menepati piawaian,jangan harapla nak makan.haha..Tapi xpela lagi senang tuan xpayah nak sediakan makanan.Pandai-pandaila kau cari makanan sendiri.
Lembu untuk disembelih raya nanti..:-)




Friday, 22 June 2012

Update la cket..

3 minggu tak balik kampung rindu pulak dekat family di rumah dan di ladang.Minggu depan aku plan nak balik untuk mengubat kerinduan.Pelan asal adalah untuk melawat bakal tapak projek ternakan ikan abang aku Pokyeh di Kuala Pilah(kalau jadila),tapak projek ladang sawit JV aku n Awang(minggu depan bersih kawasan),tengok kambing kampung yang nak di jual sekandang di Muadzam Shah,dan kalau ada kesempatan pergi MAHA Negeri Sembilan 2012 di Stadium Paroi,Seremban.Jadual memang padat barulah terasa berbalui perjalanan 18jam pergi balik.hehe..

Baru ni juga Awang telah beli 3ekor kambing betina dari Wak Beron untuk menambah stok induk di kandang.Asalnya cadangan untuk beli Pejantan baru tapi disebabkan Wak Beron dah kehabisan stok Pejantan ambil jugala 3 ekor kambing tu.Tapi misi mencari Pejantan Gagah keluaran kampung tetap akan diteruskan.Sebab aku perlukan persaingan sihat untuk mengawan dengan Pejantan aku ada sekarang.Aku perhatikan jika tiada pejantan lain yang cuba untuk mengawan dengan kambing betina di kandang maka tahap keaktifan Pejantan tu akan kurang.Mungkin dia berada dalam "Comfort Zone".

Berita gembira telah dikirimkan oleh Awang memaklumkan biri-biri aku selamat melahirkan seekor anak betina.Akhirnya dapatla jugak anak betina selepas 3 kelahiran semua Jantan.Jadi habislah musim kelahiran pusingan pertama  biri-biri di kandang aku.Dengan zero mortality di sektor biri-biri menunjukkan ada peningkatan dari segi mortality rate di kandang aku.Harap-harap sektor kambing juga akan memberi hasil yang sama berkat penjagaan rapi Awang dibantu Hamdi jejaka Lombok.

Berita sedih juga ada juga.Memang resam kehidupan ada gembira dan sedihnya ,dalam tawa ada tangisan.Lembu peliharaan Awang telah mati termakan racun Furadan.Disebabkkan lembu ni dibela dari kecil di belakang rumah(ibu dia kena jual,awang dapat free je anak dia),maka sedikit kecuaian dengan dengan salah letak racun Furadan tu menyebabkan anak lembu bernama Betty kiok terus tanpa dapat diselamatkan.

Betty jadi tempat bermain anak saudara aku je..zoo mini.hehe


Update kali ini tiada yang menarik sekadar untuk men'update' blog yang lama tak di update.