Cari disini....

Saturday 28 July 2012

Siri Terjah Kandang:Kndg.Jai Keratong 2

Assalamualaikum warga ternak sekalian alam.Disebabkan kerajinan (bosan) maka kekerapan blog di update pun bertambah secara automatik.Bulan puasa aktiviti luar dikurangkan aktiviti ibadah ditingkatkan.Lama juga tak paparkan siri terjah kandang ini rupanya.Bukan terjah pun sebenarnya tapi lawatan muhibbah bagi menjalinkah ukhwah disamping berkongsi ilmu dan bertukar pendapat mengenai ternakan.Ternakan kambing licin,biri-biri,lembu,ayam tak kisah asalkan penternakan namanya cuma makhluk berkaki pendek itu dikecualikan lah.Haha..

Disebabkan Jai@sahabat ternak aku di Keratong 2 membuat permintaan secara paksaan maka terpaksala aku mengeluarkan siri lawatan ke kandang beliau nih.hehe.Kandang Jai ni dikongsi bersama abang beliau yang mana selain membela kambing,beliau juga ada membela burung walit dan lembu.Kira multi-penternak la nih cuma bidang ternakan kambing boleh dikira masih baru lagi untuk beliau.Kira lebih kurang aku n awang jugak lah.Sistem ternakan semi-intensif tapi beliau lepas ragut di sekitar tanah lapang yg ditanam Nappier,Jagung,Pisang.Jadi agak berbeza sedikit dari kebanyakan penternak lain di kawasan felda ni yang lepas di kawasan ladang sawit.

Kambing yang dibela adalah kacukan Boer dan Jamnapari yang dibeli secara borong se kandang sebanyak lebih kurang 35ekor.Saiz kandang adalah 30x20 dan di buat sendiri.Bab2 tebang pokok dan belah kayu serah pada beliau.Memang dikira taraf otai bab membalak ni.Kebanyakan kayu yang digunakan untuk pembinaan kandang adalah kayu yang dipotong sendiri.Lupa nak tanya kos kandang beliau.Tapi rasanya lebih murah dari aku mungkin sekitar RM5 per kaki persegi.Peristiwa sedih yang menyebabkan Jai tak lalu makan nasi selama seminggu bila 3 ekor kambing beliau terlekat di jaring pagar dan mati akibat kepanasan semasa sesi lepas ragut.
kandang sentiasa kering sebab atas tanah lapang
cantik-cantik kambing nih.yang jantan putih dah mati kena penyakit tapi memang ganas
Pejantan coklat tu jiran sebelah kandang punya@Sepul n Izru.Baka dibeli dari Wak Beron.


Ada video menarik nak dikongsikan tapi panjang sangat video tu.Tapi memang kelakar tahap cipan.Hehe.Jika diperhatikan kandang memang dah banyak sekitar Keratong nih tetapi demand untuk kambing akikah tinggi sangat sampai tak dapat dipenuhkan.Kesedaran mengenai kebaikan daging kambing mulai tinggi sekaligus meningkatkan permintaan untuk pasaran daging.Faktor harga sawit yang tinggi juga menyebabkan kuasa beli peneroka meningkat mendadak.Yela sawit sekitar RM600 se tan jika di darabkan 2 kali tuaian hasil sebulan iaitu 10 tan dah RM6k.Sekarangla mak ayah n para peneroka boleh merasa sedikit kesenangan bak kata pepatah bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.JANJI DITEPATI!aptb......



12 comments:

  1. Assalamu'alaikum Wrmbth tuan. nak tanam tebu pulak ke? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam warahmatullahi barakatuh Tuan Fairul..

      haha..tau aje ko yer.actually mak ayah aku ade tnam cket dpan rumah.xluas dlm 80x40 kaki kot.tp tula nmpk ada potensi..trutama bln puasa peraih siap booking 80sen per kg.mantap jgak tu.lgpun hmpas tebu bleh bt mknn lmbu kmbing.bleh bt feedlot..tu yg aku blajar2 dr blog.hehe..

      Delete
    2. kalo ko nak tahu, aku dah 3 tahun selidik nak tanam tebu ni. Hampir terlaksana hari tu tapi ada pula ujian tengah jalan. Hehe, sekarang ni pending lagi. Memang betul pun, hampas tebu bole bagi makan kambing.

      Tapi itu lahkan, tebu tu manis, siap sedia la rombngan semut api dan hitam yang berbisa naik kandang.

      Lagi satu kegunaan hampas tebu ni, kalao ko jenis perasapkan kandang, bara dia tahan sampai pagi dan asap dia pun ok. Boleh cuba tuan

      Delete
    3. waa..rupenye tuan fairul lg awal dr aku.rase skrg bleh bt dh tuan.sifu dh ade.bleh bljr dr cikgu daeng tu.lbey kurg alwi rsenye beliau nih.xtakut mncuba ssuatu yg baru.skrg dh export sampi arab saudi.perghhh..org arab mmg suke mnum jus tebu espcially musim panas kering..

      aku tgh pikir nk watpe dgn najis kmbing tu.tu yg trtarik dgn tnaman tebu.bleh bt baja.hampas dia bg mkn kmbing.hehe

      Delete
    4. Haaa.. ni ni yang ko tak tau. Setau aku, tanam tebu tak bole pakai baja organik. Itu dari apa yang aku baca dulula. Nanti rasa tebu tu lain macam. Hehe.. rasa tahi kambing. KEsahihan tak tau pulak tapi kalo ko nak cuba, bila dah dapat hasil leh report pada aku tak?

      Hehe.. macam biasa tuan. Ilmu dikongsi akan bertambah

      Delete
    5. haha..yeke tuan.tp kalu ikut logiknya xkanla akar mnyerap nutrien dr tnah skali dgn bau.hehe.dlm blog tebu-daengnusantara ada mnyatakn pnggunaan baja tahi ayam tuan.rujuk post http://tebu-daengnusantara.blogspot.com/2009/11/manual-tanaman-tebu.html ..

      aku nk try aplikasi pkai baja njis kmbing.tgok gemuk x btg tebu tu..huhu

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Wrmbth tuan. nak tanam tebu pulak ke? Hehe. Tahniah2. Semoga orang islam terus maju. AKu sokong penuh atas usaha ko isal dan mendoakan kejayaan.

    Baru semangat sikit nak bersaing secara sihat ni. Hehe. Xgitu tuan

    Aku suka baca blog ko sebab ko suka add blog2 list yang bagus. Paling baru ni pasal tebu. Kasihan cikgu tebu tu berjuang seorang diri lawan tauke cina dan kaum sendiri yang tinggi PHDnya. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku suke baca blog yg dsrtakn dgn fakta mcm kambinghalal,alwigoatfarm,maria-firdaus n trbaru tebu-daengnusantara.sronok baca blog smbil blajar nih..ilmu dr pnglman n praktikal xsama dgn ilmu dr buku@teori..xgtu tuan.hehe

      wlaupun brsaing dgn kaum cina tp aku tgok tuan guru cikgu daeng dan hj.firdaus kalu ko perasan adalah cina.mgkin ilmu diajar xhabis tp relitinya kaum cina mmg bgus dr sgi ilmu perniagaan nih.mgkin dh berakar umbi dlm kturunn diorg.tp yg Melayu nih PhD tu tinggi tp xsemuala..tu yg pyah kaum kita nk maju.xde networking n bantu mmbantu..

      tq tuan fairul atas doa..InsyaAllah sama2 kita mendoakan kejayaan n sama2 beroleh kejayaan..hehe

      Delete
    2. Kalau aku doakan ko, malaikat secara automatik akan doakan si pendoa semula. Rasa2nya doa malaikat lebih makbul ya tak. Hehe, jadi banyak2 la doakan orang lain , contohnya aku ni. Hahaha.

      Lebih2 time nak buka puasa tu. Doa memang makbul time tu. Setakat puasa ni, dah 2 hajat aku Allah makbulkan serta merta time buka. Subhanallah

      Delete
    3. Pasal ajar tak habis tu pun betul juga. Itu yang kena belajar dari lebih seorang guru cina tu. Bahagian yang tak habis tu kita boleh cantumkan macam jigsaw puzzle.

      Produktif betul keluarga ko ya, kalo semua orang islam rajin mesti dah makmur malaysia ni. Tak yah harap orang cina. Masa tu orang bukan islam pula yang berpusu2 masuk islam.

      Delete
    4. kalau dpt pluang bljr dgn kaum cina mmg bagus.tp nk dpt pluang tu yg susah.hehe..

      family asl dr org susah cmnila tuan.dh trbiasa hdup cmni.kalu xde keje xsng duduk org tua aku tu.dh mnurun kt anak2 dia.family aku rmai tuan.11org adik bradik.so mmg dh diasuh brdikari dr kcik.hehe..InsyaAllah itu yg trbaik sbnarnya kita doakn mereka mndpt hidayah dr-Nya..

      Delete
    5. Ooooo... aku pun asal orang susah. Aku paham apa maksud ko tu. Selagi ada kudrat, tak bole duduk diam.

      Satu pesan orang tua yang aku selalu ingat "Jangan banyak ketawa, nanti akan banyak menangis"

      Sebab tu aku tak banyak cakap, banyak kerja takpa. Rajin posting blog pun sama. Ok la tuan, all the best, kambing aku dah melalak di kandang

      Delete