Cari disini....

Monday 24 September 2012

Deworming dan Biri-biri..

Assalamualaikum sahabat-sahabat penternak dan bakal penternak,minggu ni agak sibuk dengan program pemberian ubat cacing dan belian biri-biri.Kali terakhir aku bagi ubat cacing pada bulan April pada semua kambing dan biri-biri dalam kandang.Masa tu first time buat deworming ni jadi tak berapa pandai nak menangkap dan buka mulut kambing-kambing tu.Kena pulak yang ganas dan ada tanduk,memang seksala kena tanduk masa nak bagi ubat tu.Kambing aku pulak memang tak diasuh supaya manja dengan orang,jadi terimalah akibatnya.haha..Tapi untuk kali kedua dah mahir sikit walaupun memerlukan bantuan dari Pak Mok(adik bongsu badan macam Undertaker),seekor kambing belian dari Alwigoatfarm mengalami keguguran akibat tak diberi ubat cacing selepas tiba di kandang aku.Belajar dari kesilapan la ye tak,kambing dara Alwi 10ekor,kambing eksotik 5ekor,anak kambing 10ekor semua diberi ubat cacing Chan Broad Spectrum sebanyak 5ml untuk 10kg.Aku tukang tangkap dan bukak mulut kambing Pak Mok tukang jolok ubat je,senang dah kalau dah biasa.

inila ubatnya..
 
Hari sabtunya pulak seperti yang dicanangkan aku,Rahmat,Awang,Abg.Mi dan Abg.X(aku lupa nama) bertolak ke Manchis,Karak untuk memborong sakan biri-biri Along Restu Wibawa Livestock.Pelan asal aku ambil 10ekor.Rahmat 16ekor jadila 26ekor.Tapi bila Abg.Mi dan Abg.X tengok biri-biri tu tak tahan pulak diorang pun beli jgak.haha.Nasib baik Along bermurah hati mengizinkan belian lebih dari jumlah asal yang dipersetujui.Abg.Mi ambil 5ekor Abg.X ambil 2 ekor,jadi jumlah semua 33ekor.Along pun memang nak mengurangkan stok kiranya memang rezeki diorang lah.haha..
tu dia,lapang terus kandang Bro Along korang kerjakan..haha
hasil tangkapan hari ini..puas hati beli banyak2 walaupun bukan aku punya semua ini.hehe

 

loading di kandang Jai,kandang aku last sekali..
 
biri akhirnya tiba di kandang aku..putih coklat paling cantik..haha
 
 
Terima kasih diucapkan pada Bro Along kerana sudi menjual biri-biri beliau pada kami penternak di Keratong.Harga memang terbaiklah sesuai dengan kualiti biri-biri yang dibekalkan.Kandang baru aku tak siap-siap lagi seperti dijangkakan jadi kehadiran biri-biri ini akan dapat dijadikan pemangkin bagi Awang untuk mempercepatkan pembinaan kandang baru.Haha..
Selain ternakan biri-biri,Restu Wibawa juga ada menghasilkan sos cili jenama Me..aku dah rasa memang sedap..boleh dikomersialkan lagi nih..Selamat Maju Jaya diucapkan pada bro Along..:-)
 
 
 


2 comments:

  1. salam bro,berapa harga dewormer tu.kalau pakai brand lain ok tak?yg 5ml utk 10kg plk ape?berat kambing ke?

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam bro hafiszal,harga dlm RM70-75 1 liter beli dari Lazuli Sdn.Bhd..aku order melalui telefon je nih,dia poskan.5ml utk 10kg berat kambing..makna kalu berat 20kg 10ml laa dan seterusnya..ni brand sifu alwi pakai aku pun pakai jugaklaa.haha..tapi yg penting ada unsur utk mengatasi liver fluke(cacing hati)..xsilap aku albendazole,levamisole,fenbendazole berkesan utk atasi liver fluke..tak berapa arif lagi pasal ubat cacing nih..cuba contact sifu alwi untuk maklumat lanjut tntang ubat lain bro..

    ReplyDelete