Cari disini....

Thursday, 19 February 2015

Kambing Susu Super Spontan

Assalamualaikum wbh dan salam sejahtera buat sahabat2..kerajinan untuk menaip semakin menipis dek kekangan masa dan malas (2M). Tapi banyak benda berlaku dalam tempoh kemalasan ni. Fenomena terbaru dalam dunia perkambingan selepas dilanda demam Jamnapari, demam Boer dan yang terbaru demam Saanen. Iye, demam kambing susu mula melanda komuniti penternak kambing sekarang. Bukalah FB rata2 gambar yang timbul pasal kambing susu, samada yang nak mencari atau menjual, berkongsi gambar tetek dan sebagainya.

Siapa Saanen?
Saanen merujuk kepada nama tempat Lembah Saanen di Switzerland. Kebanyakan baka susu berasal dari Switzerland seperti Saanen, Toggernburg, dan Alpine. Kebanyakan Saanen di Malaysia di import dari Australia. Harga di Aussie sekitar AUD200-400 seekor atau RM600-1200 tapi standard price bila tiba di Malaysia sekitar RM3000-4000 mungkin faktor kos dan profit margin untuk importer.

Mengapa Saanen?
Prestasi pengeluaran susu Saanen di Zon Tropika tidak lah sama seperti di tempat asal yang bercuaca sejuk. Tetapi bergantung kepada sistem pemakanan dan penjagaan penternak, kambing susu ni termasuk dalam golongan High Maintenance-High Profit. Jadi kena melabur banyak untuk pemakanan untuk penghasilan susu disamping nutrien tambahan. Purata penghasilan susu sekitar 2 liter sehari selama 250 hari sudah dikira baik di Malaysia. Penternak otai mungkin dapat lebih, yang kurang bernasib baik sikitlah susunya. Harga susu?bergantung pd lokasi macam KLbolehla dapat RM5 untuk 250ml. Kalau 2 Liter dah RM40 sehari untuk seekor kambing susu,tolak kos botol.kos makanan,kos pekerja (kalau ada) dapatlah RM32 sehari. Kalau 10 ekor RM320 sehari?sebulan?setahun?..pakcik kayoo..

Jadi prospek kambing susu sangatlah okay cuma kena beri perhatian dari segi kebersihan dan penyakit. Teorinya semakin banyak susu semakin mudah kambing dapat penyakit sebab nutrien digunakan untuk penghasilan susu jadi untuk antibodi agak kurang sikit. Den belum bersedia untuk bela kambing susu nak jaga kambing pedaging pun tak lepas, nak jaga kambing susu lagi lah nya.

Baru-baru ni den ada membeli kambing susu super spontan, sebab apa spontan sebab tiba-tiba dimurahkan rezeki ada kawan nak menjual dengan harga yang murah. Jadi belilah 3 ekor dan di letakkan di kandang Aman Man di Kamunting,Perak untuk penjagaan. Belum berani untuk diletakkan di kandang sendiri tumpang jelah di kandang kawan.

saanen betina..
ni Pejantan Saanen Aman...


Semoga menjadilah hendaknya kambing Saanen tu di bawah jagaan Bro Aman..yang penting susunya banyak.hehe..setakat ini susu belum boleh dijual lagi, dalam proses penyesuaian dengan kandang baru dan rejim makanan baru. Ujian darah untuk Brucella juga perlu dilakukan bagi memastikan kambing tersebut bebas dari sebarang penyakit. Bro Aman boleh dihubungi 019-5262077.






Monday, 3 November 2014

Selamat Menternak dan berblogging kepada Bro Faisal Basri..

Kepada sahabat2 den bolehlah melawat laman blog pengembala kambing terbaru di http://goatbreeding.blogspot.com/ ..selamat menternak dan semoga beroleh keberkatan menternak kambing den ucapkan..hihi

Wednesday, 29 October 2014

Cut and Carry daun Indigofera

Sekarang daun kekacang seperti Indigofera@Tarum, Moringga@Kelor, Turi, Petai Belalang dan Griricidia mula menjadi buah mulut di kalangan penternak. Bagus jugak kesedaran mengenai kepentingan nutrien yang cukup untuk tumbesaran ternakan kambing mula bercambah di kalangan rakan2 den ni. Den yang mengamalkan sistem semi-intensif lepas meragut memang kurang bergantung pada makanan tambahan, sekadar selingan jer. Tapi stok dedak pun kena ada lebih lagi masa musim tengkujuh.

Den ada jugaklah tanam Indigofera ni zaman dahulu kala, memang tak berjaga pun. Pokok ni memang tahan lasak musim kemarau pun dia masih steady tak ada masalah sangat. Jadi bosan-bosan tak ada kerja bolehlah mengerjakan daun2 pokok ni kat belakang rumah. Mak den pun dah bising suruh potong daun tu bagi kambing, dulu dia bagi kat anak lembu duk bela belakang rumah. Tapi dah mati dah lembu tu.

Ini ditanam di kawasan lain..saja nak tengok besar mana..
ini kandungan nutrien dia banding dengan legume lain..
dah di trim habis..adalah dalam 8 pokok belakang rumah..
Gantung bagi kat kambing..biri memang tak makan sangat dedaun ni..

Kajian mengenai Indigofera ni sedang giat dijalankan oleh kawan penternak Lalahrivergoatfarm dengan kerjasama UPM. Harap2 ada berita positif dari hasil kajian ni untuk kegunaan penternak kambing di Malaaysia..terutama penternak kambing susu..hihi..



Sunday, 14 September 2014

Lembu dan korban...

Bila iklan dan gambar lembu bersepah di FB tu adalah tanda2 raya korban dah dekat..masa nilah semua golongan dari pengguna,penternak,pemborong,pengimport dan golongan paling istimewa iaitu pencuri mula menjalankan aktiviti tawar-menawar dan jual-beli di alam maya dan alam nyata.Yang pencuri tu jelah tak tawar2 dah, ada peluang rembat terus..Meriah memang meriah..yang herannya banyak pulak lembu korban, dengar masa 2-3 bulan lepas macam ada krisis kritikal lembu tak cukup..siap keluar surat khabar muka depan lagi..heran den dibuatnya..

Tapi disebabkan keadaan ekonomi yang tak berapa menggalakkan dan diikuti kejatuhan harga komoditi terutama sawit dan getah maka tahun ni den rasa tak ramai yang mampu melaksanakan ibadah korban, mungkin tak seperti tahun2 sebelumnya..den dapat rasa masa raya puasa lepas, jualan daging lembu sekitar Keratong agak perlahan berbanding tahun sudah..kalu tahun sebelumnya tulang lembu tu orang dah tempah nak buat sup, memang habis dulu sebelum kedai dibukak lagi.Tahun ni tak berapa laku, yelah harga sawit dah menurun ke paras terendah bawah RM400 setan berbanding sekitar RM500 ke atas sebelumnya..ramai yang berjimat cermat agaknya..

Harga lembu korban tahun ni ada sedikit peningkatan berbanding tahun sudah, harga minima sekitar RM2500 untuk berat minimum sekitar 180-200kg. Ya itu harga ladang, den jual 12ekor lembu cukup umur dengan harga tu. Kira borong lah RM2500 seekor kecil besar sama harga senang sikit. Semua lembu sendiri kecuali ada 2 ekor yang den beli bulan Mac hari tu, kira trading lah jugak.Untunglah sikit2..lepaslah buat beli ubat2 dan makanan tambahan lembu tu..pencuri pun aktif sekarang, ada 2 orang penternak otai kawasan den hilang lembu dalam masa terdekat, sorang 2 ekor betina sorang lagi 5 ekor betina..ini pencuri jenis xpilih bulu..mana dia nampak dia sapu..untuk jualan daging la tu..

Den juga buat korban seekor lembu tahun ni, kongsi adik beradik 7orang.Satu bahagian dalam RM385 oklah tu untuk lembu sendiri..
Inilah dia yang bakal dikorbankan..
Ni jual dah..

Ni pun juall...

Pejantan yang den beli dari Kanchong bulan Februari 2013 pun dah besar dah..dah jadi Pejantan primer kawanan lembu den..memang libido tinggi memanjang hilang ikut betina group penternak lain.
besar dah kau...


.


Thursday, 24 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfiti (in advance)

Assalamualaikum dan selamat berpuasa di ucapkan..menjelang Eid Mubarak yang bakal tiba den doakan semuga segala amal ibadat sahabat2 sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini diterima dan beroleh keberkatan dari Allah s.w.t. Dah berjaya mengawal nafsu sepanjang bepruasa janganlah pulak dilampiaskn nafsu semahunya hbis berpuasa ye tak. Bersederhanalah dalam menyambut raya tu, lebih baik sekiranya diinfakkan sedikit perbelanjaan kepada sahabat2 kita di Palestin.Insyaallah..

Raya kali ini macam biasa orang bujang macam den beraya di Keratong 2 ajelah,mana2 sahabat2 yang nak datang menziarah dialu2 kan.Biasa raya pertama ada di rumah,raya kedua dan seterusnya di kandang kambinglah. Makan kueh raya bersama kambing pun syok apa, syahdu gitu.


Monday, 14 July 2014

Bulan Ramadhan...

Selamat berpuasa diucapkan pada sahabat2 seantero dunia penternakan. Moga dipermudahkan untuk kita melakukan amalan baik yang dilipat gandakan pahalanya di bulan nan mulia ini. Doa berpanjangan juga diberikan untuk sahabat2 seagama di bumi Palestin yang sedang berhadapan dengan ancaman perang rejim Zionis. Kagum den ada kalangan sahabat dari Malaysia sanggup pergi berjuang bersama di Palestin, semoga beroleh kemenangan hendaknya. Bagi yang tak mampu berkorban seperti sahabat kita macam den ni kita doakanlah keselamatan dan kemenangan, di samping bersedekah kepada badan2 yang menyalurkan bantuan ke sana seperti Aman Palestin. Insyaallah...






Baru2 ini ada kedai alatan ternakan baru di buka di Muadzam Shah, lagi dekat dari kedai lama yang selalu den pergi di Bahau. Harga dedak tinggi sikit dari  Bahau tapi memandangkan jarak yang lebih dekat kira berbalui jugaklah. Antara yang den jumpa adalah garam jilat jenama Red Rockies, 1 ketul 10kg harga RM35 seketul. Kalu KNZ yang biasa den guna tak ada Copper tapi yang ni ada..cuma Calsium dan Phosphorus ja xda.Ka memang dia dah formulate untuk ternakan jenis meragut..




Reaksi positif dari geng kambing ni..


Geng biri boleh ka pakai garam ni..buat masa ni garam jilat KNZ masih tak habis lagi kat kandang biri. Den ingat nak pakai Red Rockies jugaklah nanti. Dulu den ada cakap den bela ayam kat dalam kawasan sekitar kandang ni. Bermula dari tak sampai 10ekor ayam yang den selamatkan dari virus sampar ayam yang melanda di kawasan perumahan, dia dah membiak jadi 60-70ekor masalahnya bila dah ramai diorang pakat tidur kat kandang biri..kat kandang kambing diorang bantai bertelur. Nak halau takut merajuk jadi den biarkan ajelah ayam tu mengeram..inilah hasilnya..
dah selamat menetas..

sekali menetas 7-8 ekor..cepat betul membiak..
Reban ayam hutan...awang punya kerjaa...


Takut masalah hama pulak nanti melanda kawanan kambing..xpa raya nanti siaplah den kerjakan diorang ni..buat rendang ayam kampung barulah kaww...




Friday, 16 May 2014

Update sikit lerr...

Assalamualaikum buat sahabat2 seperkambingan,seperbirian dan seperlembuan..lama sungguh tak update blog ni.Tapi jangan risau kandang den masih tetap utuh berdiri disamping penghuni2 yang masih maintain tahap kenakalannya. Semangat den Insyaallah masih kuat untuk mengharungi pancaroba dunia penternakan.

Musim kemarau lepas memang agak mencabar bagi den, rumput2 di ladang habis kering jadi biri dan kambing kena meragut agak jauh dari kandang. Ada beberapa ekor biri pulak tak balik2 dari meragut sampai ke sudah, puas di cari tapi masih belum berjumpa. Diikuti pula serangan racun tikus yang diletak di merata tempat oleh pekerja ladang Bangla (biasa letak kat bawah pelepah lama) memang natijahnya agak besar. Beberapa ekor kambing penternak dikawasan den dan 3ekor kambing den sendiri tumbang akibat penangan racun tikus ni. Jumpa Bangla ni mau kena 'Penampor Buaye' jawabnyer.

Krisis Lembu yang heboh diperkatakan sampai masuk paper dan keluar TV memang agak menarik. Lama dah dijangka benda macam ini akan berlaku cuma bila dah nak nazak barulah nak diambil tindakan. Bilangan lembu yang diternak di Malaysia ni den jangkakan akan terus berkurang dengan jayanya, salah satu sebab yang den perhatikan di tempat den sendiri adalah sembelihan lembu betina@induk untuk daging. Tapi majoriti pemborong lembu di kawasan den ni dari Kelantan dan Terengganu, hari ni bagitahu ada lembu nak jual esok sampai dah diorang ni.Punya semangat nak beli lembu ladang ni,harga pun dari RM1300 seekor awal tahun lepas jadi RM1600 seekor hujung tahun. Dengarnya orang Terengganu dan Kelantan ni tak makan daging import frozen ni,diorang nak yang fresh terbaik dari ladang harga tinggi sikit tak pa janji puas hati.

Terbaik dari ladang...lembu kawan di Temerloh..

Ni lembu den lah..


Hari tu den sempat singgah di Ladang Ternakan Qudri Farm, Kuala Nerang,Kedah. Ini kali kedua rasanya sampai di Qudri Farm ni. Kawasan dia memang cantik, ada bukit,ada air sungai mengalir,ada dusun buah-buahan,kebun getah,kolam ikan,kambing,biri,lembu dan pelbagai spesis unggas antaranya ayam Piru ,Mutiara ,Serama,Bantam, itik,angsa pendek kata semua adalah. Alang-alang singgah tu den sambarlah 3 ekor anak ayam piru dan 2 ekor anak ayam mutiara buat peneman sepanjang perjalanan. Sampai kampung buat reban atas tanah untuk diorang ni, usia 3-4 bulan boleh lepas dalam ladang sawit den berkawan dengan kambing,biri dan ayam n angsa den. Siapa2 nak beli bolehlah hubungi Sdr.Syed Elyas-0195671963.


ayam piru nak tidur dah di Qudri Farm..
ni kat rumah den..pagi2 duk layan bagi nasi kat diorang..syok wehh..
bagi eksesais cket laa..

Tapi rupa-rupanya sensitive jugak ayam piru ni.Seekor yang putih tu dah mati kena patuk agaknya.Tinggallah 2 ekor lagi ayam piru tapi kena puru,piru kena puru eloklah tu.Sensitif dengan nyamuk habis naik puru kat kepala,leher dan badan. Nak kutil macam kambing tak sampai hati sebab kecik lagi. Jadi den belilah ubat puru jenis oral sambil sapu minyak masak terpakai kat diorang ni. Ayam mutiara Alhamdulillah elok dok ada, tak da kerenah sangat cantik pulak tu bila dah besar.